Followers

Letakkan link blog anda =)

Saturday, October 23, 2010

Puisi: Awan

Into the blue sky by =theNy
****

Cuba kau tengok langit biru.
Ada merpati putih terbang tinggi.
Sampai awan.
Mari berlari ke sana.

Aku hanya mampu melihat.
Tak mampu mencapai.
Pergilah,
Cukup aku berkongsi rasa.

Aku sampai sana.
Aku pintal awan.
Aku coretkan nama.
Dari hatimu yang ku bawa bersama.

Aku tunggu hujan.
Kerana aku tunggu bersama.
Nama yang kau lukiskan.
Dan rasa yang aku simpan.

****

22 comments:

  1. :)

    Ok, saya terang sikit.

    Rangkap pertama:

    Ada 2 orang.

    2 orang sahabat baik. 2 orang pemuda yang amat rapat mungkin. Atau, seorang perempuan dan seorang lelaki. Mungkin juga seorang sister yang bersama bestfriendnya yang juga seorang sister.

    Salah seorang tersenyum mengajak seorang lagi. Menuju satu matlamat dan kejayaan. Ke satu kegemilangan. Bersama-sama. Ke satu tempat yang amat tinggi.

    "Jom kita jadi macam tu?.."

    "Kita usaha sama-sama.."

    Rangkap pertama menunjukkan keazaman yang tinggi. Menggenggam tangan sahabatnya, untuk bersama-sama berjaya.

    Berlari menuju ke awan.

    Rangkap kedua:

    Ketika yang pertama tadi menarik tangan rakannya. Si teman berkata sambil tersenyum.

    "Aku tak mampu.. Tak apa, pergilah.. Nanti aku akan tumpang gembira.."

    Mungkin dia terhalang kerana sakit. Lemah. Benar-benar tak mampu kerana masalah, keluarga, dan lain-lain.

    :) Boleh terima tak huraian puisi ni? (Rasa pelik pulak tafsir puisi ~)

    Rangkap pertama dan ketiga mewakili si A. Dan rangkap kedua dan keempat pula mewakili si B.

    Ha, ada sapa boleh sampaikan maksud ke 3 dan ke 4?

    ReplyDelete
  2. menariknya huraian maksud puisi ni. memang dapat bayangkan situasi ini dalam ukhwah yang terjalin antara sahabat sendiri.

    sambung lagi..~

    ReplyDelete
  3. mudah tuk difahami bila ada penerangan...
    tp puisi tidaklah sukar untuk difahami wlpn tanpa penerangan bg ana...

    ReplyDelete
  4. ana sgt setuju dengan durakhyar..;)

    madah yang dilagukan biasanya dpt difahami dan telus maksudnya ke hati, cuma kadang2 tak dapat nk meghuraikannya saja,kan dur? :)

    ReplyDelete
  5. ermm..mungkin itulah uniknya puisi.

    kebebasan menginterpretasi untuk si pembaca, dan kebebasan menulis untuk si penulis.

    judgement akan dibuat, cuma kebenaran kita tak pasti.

    maka, bleh la si penulis tu nak tulis sesuka hati apa yg dia rasa. sekalipun hal2 yg secret. sebab orang tak bleh nak agak dan tak bleh nak teka.

    untuk si pembaca pula, mgkn dia bleh "pakai" dan letakkan puisi itu pd diri sendiri. terpulang pd kefahaman sendiri.

    nice one.
    indahnya puisi.
    dannn..
    Allah sebaik2 pemuisi.
    subhanallah.

    ReplyDelete
  6. rgkp ke3:)
    shbt pertama 2 mungkin dh tercapai apa yg diimpikannya:)
    tetapi shbt kedua dia xkan dilupai..(yg mengalami sket mslh)
    shbt pertama coretkan setiap kenangan mereka, yg sentiasa memberi sokongan satu sm lain, di hati:)
    keep it as memoirs, forever :)


    ke mcm len majdi?:)

    ReplyDelete
  7. majdi ada maksud tersirat untuk masa depan ni ..

    ReplyDelete
  8. Puisinya sangat indah..tapi masih kurang faham.. Jelaskanlah apa makna rangkap ke 3 dan ke 4.. anda mesti ade maksud yang tersendiri.. =)

    ReplyDelete
  9. Anonymous yang hurai rangkap ke-3:
    Nice one! :)Kenangan yang tak akan dilupakan.

    Huraian dari saya pula:

    Rangkap ke 3.

    Rangkap ke 3 sebenarnya sebuah janji. Dan cerita tentang mereka yang akan berjauhan.

    "Nanti, bila saya dah berjaya, saya tak akan lupakan awak.."

    "Walau macammana sekalipun, saya tak akan lupa awak sampai bila-bila.."

    "Nanti bila saya dah kaya, saya akan letak nama kita sebagai nama syarikat saya,,"

    :)

    Boleh jadi rangkap 1 dan 2 cerita tentang diorang nak melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke luar negara.

    Tapi seorang tak mampu, dan sahabat dia janji.

    "Nanti, bila saya dah sampai sana, saya akan selalu ingat awak belikan sesuatu khas untuk awak.."

    2-2 orang yang berjauhan. Tapi dekat di hati, selalu teringat dan rindu.

    Aku sampai sana.
    Aku pintal awan.
    Aku coretkan nama.
    Dari hatimu yang ku bawa bersama.

    (err, boleh terima huraian ni?)

    Dan rangkap ke 4? :)

    ReplyDelete
  10. bagus2. teruskan usaha n berpuisi, dan menulis. usah disia2kan bakat itu..

    ReplyDelete
  11. dalam maknanya

    baru paham slps ditafsir
    sbb jenis lambat sket nk paham yg tsirat

    ReplyDelete
  12. bley diterima ye rgkp ke3 tue?tq2;p
    meh nk try rgkp ke4 plak:)

    Aku tunggu hujan.

    setiap kl hujan (mebi dkt tmpt shbt A belajar;p), dia akan menanti,melihat,meneliti setiap titisan hujan, sambil mengingati kenangan dia bersama shbtnya dahulu:)
    sbb

    Kerana aku tunggu bersama.

    dulu(sblm berpisah), setiap kl hujan(smbil menyaksikan hujan bersama2),

    Nama yang kau lukiskan.
    Dan rasa yang aku simpan.

    depa akan bwt s2 perjanjian(hny mereka and majdi yg tahu isinya:P)
    isi perjanjian i2 dipaksi bersama2 di dalam hati/kotak fikiran masing2:)

    so,setiap kl hujan,shbt A akn sentiasa mengingati perjnjian yg dibwt bersama2:)

    indahnya ukhuwah bertunjangkan keimanan dan keikhlasan^^


    ke mcm len?;)

    ReplyDelete
  13. Si B tunggu hujan, sebab hujan tu akan titiskan nama dia yg telah si A coret pada awan.

    Rasa tu, kena tanya si B larr. Ada la tuh. Mungkin manisnya persahabatan?

    ReplyDelete
  14. Ok, bole dah faham sikit2 hehe... nice one!

    ReplyDelete
  15. Tapi orang sekarang sibuk (of cozla masing2 ada hidup sendiri kena teruskan kan), jangan lupa coretkan nama sudah huhu... :)

    Hopefully when sahabat yg lemah tuh dah jadi kuat balik, dia akan always be humble all his/her life. That's a good thing bila jadi lemahkan ehe.

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah, tak lupa coretkan nama. ;)

    To anonymous:

    SubhanAllah, Smart! :) Menyaksikan hujan dan membuat perjanjian bersama.

    Kemudian, mengingati perjanjian setiap kali hujan. Bestnya tafsiran ni. ^^

    Syukran atas tafsiran.

    Tau tak, hujan menghubungkan satu waktu dengan waktu yang lain? ~ :)

    My tafsiran:

    Jikalau secara puisinya dan imaginasinya, sama macam MirMo^88 kata:

    Menunggu hujan yang akan menitiskan nama dia.

    Aku tunggu hujan.
    Kerana aku tunggu bersama.
    Nama yang kau lukiskan.
    Dan rasa yang aku simpan.

    Bayangkan, ada seorang pergi ke awan, kemudian dengan awan tu, dia bentuk dan pintal nama kita. Dan bila hujan, nama kita akan turun dengan rintisan hujan.:)

    Jadi, sahabat dia cakap, dia tunggu hujan, kerana dia tunggu sekali nama dia yang kawan dia lukiskan untuk turun sekali dengan hujan tu.

    Merujuk kepada rindu sebenarnya.

    Rasa yang aku simpan? Jap2. hehe.

    Tafsiran secara realitinya pulak:

    Dia sentiasa menunggu temannya balik. Setelah lama terpisah. Dan masih setia menanti janji sahabatnya. Yang nak belikan dia hadiah setelah belajar di luar negara. Hehe. :) Yang berjanji akan letak nama syarikat mereka berdua. Yang still berjanji akan mengingati dia, walau setelah berjaya.

    Dan rasa yang aku simpan.

    Dia simpan perasaan bahawa dia amat-amat menyayangi sahabat itu. Dan dia nak bagitahu bila sahabatnya tu pulang. Bila janji tu kembali.

    Bila hujan yang titiskan nama dia tu turun :)

    Dan dia simpan perasaan tu sampai waktu tu.

    Err.. Dia (muslimah) simpan perasaan dan nak sampaikan bahawa dia sebenarnya amat mencintai sahabatnya (muslimin) itu ~.

    :)

    ReplyDelete
  17. o0ooo..igtkn shbt sm2 muslimah or sm2 muslimin..rupa2nya lainan jantina.
    msg2 simpan feeling tp xnk luah ek?sbb menjaga hati DIA:)
    orite dh phm...sgt2 phm!nice one;)

    ReplyDelete
  18. "Err.. Dia (muslimah) simpan perasaan dan nak sampaikan bahawa dia sebenarnya amat mencintai sahabatnya (muslimin) itu ~."

    part nih yang paling tak bleh blah.
    tp..knape (muslimah) plak yg smpn prasaan? sdgkn pnulisnye mslimin? hahaa. =.='
    x t'fkir la pulak.
    igtnye utk shbt kiter2 je.
    bru nak feel.
    ada jugak part "muslimin" "muslimah" tu.
    tp, xpe.

    sahlaaa Majdi.
    bila nih weh?
    hahaha.

    ReplyDelete
  19. sahabat seperjuanganNovember 6, 2010 at 10:45 PM

    Cantik maksud tersirat puisi Awan ni. Terserlah kemanisan ukhwah fillah antara dua sahabat. :)

    Btw, apa maksud 'hujan menghubungkan satu waktu dengan waktu yang lain?

    ReplyDelete
  20. izinkan download photonya ya .. puisi yg indah sekali .. syukran ..

    ReplyDelete