Followers

Letakkan link blog anda =)

Thursday, November 18, 2010

Penita: Aidiladha.

Picture by WAKTU REHAT by ~malayafia of DeviantArt~

****

Rambut si kecil itu jatuh lurus ke bawah. Kemeja putih sekolahnya nampak sedikit lusuh. Namun tetap kemas.

Suasana di kantin sekolah rendah itu bising. Hingar dengan pelajar-pelajar yang sibuk bermain.

"Selamat pagi Jausyan!"

Jausyan tersenyum. Menampakkan baris giginya yang putih. Comel.

"Selamat pagi.."

Jausyan meletakkan pinggannya di atas meja.

"Sikitnya awak makan.."

Akmal hairan. Menyuap nasi ke mulut. Menumpukan pandangan ke pinggan kawannya itu.

Nasi putih separuh. Telur mata. Kuah sikit.

Jausyan tersengih.

"Saya nak simpan duit.."

Tangan kecilnya memegang cawan. Meneguk air kosong.

"Nak beli apa? Komik Naruto ke? Saya dah beli yang baru.."

Giginya asyik mengunyah burger ayam. Lelehan mayonis membuatkannya nampak amat lazat. Kemudian menghirup jus oren yang baru dibeli.

Selamba. "Nak beli lembu.."

Busrrsss!!

Oren yang sedang diminum tersembur keluar. Terpancut membasahi wajah Jausyan. Macam baru lepas mandi hujan.

"Weh! apa ni?"

Jausyan ketawa.

"Beli lembu?? Awak nak buat apa? Nak bela?.."

Jausyan senyum.

"Saya nak buat korban.."

Sekali lagi selamba.

"Kita kan kecik lagi.."

"Semalam mak saya cakap, kalau kita buat korban, setiap bulu lembu tu kita dapat kebaikan.."

"Woww!! Bestnyaaa.. Setiap bulu lembu tu?"

Jausyan angguk bersungguh.

"Sebab tu la saya nak ber juta juta juta jutaaa kebaikan tu. Baru saya boleh jadi baik."

Akmal mengira-ngira dengan jari.

"Banyaknya!!"

Mata Akmal membesar. Jausyan tersengih bangga.

Akmal menyeluk kocek.

"Nah, ambik duit ni.."

Jauysan mengambil rm1 dari Akmal.

"Buat apa?" Kehairanan.

"Buat awak beli lembu sekali. Nanti saya dapat sikit kebaikan awak tu.. Boleh kita msuk syurga sama-sama kan?"

"Ok.. Nanti saya beli, saya bagi awak 5 helai bulu lembu.. ok la tu kan?"

"Kedekut!"

Jausyan ketawa.

Comel.

****

Zaid bin Arqam berkata:

"Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Korban) itu?

Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam. menjawab:

"Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim."

Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?

Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam. menjawab:

"Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan."

Mereka bertanya:

"maka bulu yang halus pula?

Rasullullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda yang bermaksud

"Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."

(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

11 comments:

  1. nice one. eiduladha nadwan:)

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha syeikh nadwan..=)
    moga sirah anbiyah sntiasa bersemadi di dlam diri kita..
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  3. nadwan wat korban ke x??

    p/s: mrajuk lg ke..?

    ReplyDelete
  4. terbayang muke jausyan yg comel..=) post yg bgus...keep it up!!

    ReplyDelete
  5. Vote for jausyan si comel! :)

    Bagusnya kecik2 lagi dah didedahkan dgn ilmu yg bermanfaat.

    Semoga dapat beli seekor lembu tahun depan! :)

    ReplyDelete
  6. cam cita betul ja..hg intip adik hg kat sekolah ka??=)

    ReplyDelete
  7. Semoga hajat kesampaian.Jika terasa nak melakukan kebaikan, laksanakan secepat mungkin jika sudah mampu kerana takut perasaan itu akan hilang.

    ReplyDelete
  8. cerita ini sangat best walaupun ada sedikit 'pening'. penyusunan kata yang baik. penggunaan istilah yang simple tapi menarik bila dijadikan ayat.

    ReplyDelete