Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, December 29, 2010

Penita: Tie

Menulis ketika dalam kelas, juga sedang kelas. Dengan contengan tangan. Mungkin membosankan. Haha.

~tie by ~Navros of DeviantArt~

****

Tie.

Majdi kelihatan segak di hadapan cermin. Dia memang bergaya. Bila ditanya cermin, cermin pun cemburu padanya.

Jalur satin berbelang-belang itu diikat kemas. Kuning dan hijau.

"Sekiranya kami dapati kamu menyeleweng, nescaya kami akan tegak dengan pedang kami ini!"

Majdi terpegun. Tak sangka ada yang berani berkata begitu pada Sayyidina 'Umar.

Erk, tak kena pancung ke?

"Segala puji hanya bagi Allah yang menjadikan di kalangan umat Muhammad ini rakyat yang sanggup membetulkan kesalahan 'Umar dengan pedangnya."

Berlapang dada 'Umar menjawab.

Hola!

Majdi menggayut senyum.

Rendahnya hati pemimpin Islam itu. Patutlah 'Umar Tilmilsani menukilkan kisah khalifah ini dalam kitabnya.

Majdi melihat tienya sekali lagi. Terasa manis, semanis bingkaian wajah dan hati si pemberi tie tersebut. Mengambil kitab 'Alhukumah Addiniah' yang nipis itu.

Menyandang beg. Tersenyum, berjalan dengan yakin.

Semoga serendah hati 'Umar!

Saturday, December 25, 2010

Secebis nota, sebiji gula-gula, untuk selamanya.

~C'est Chocolat by ~greycamera of DeviantArt~

****

Anda berjalan memasuki bilik.

Menghempaskan badan. Hari ini adalah hari yang amat memenatkan.

Terperasan sesuatu yang diselitkan di atas meja. Cebisan kertas dari test pad yang dikoyak kecil. Di sisinya terdapat sebiji gula-gula choclair.

"Selamat Hari Lahir! :)

- Sahabat-"

Tersenyum, dan hari itu pasti dirasakan hari yang amat indah. Gembira, dan rasa di hargai.

Bagaimana perasaan?

Seronok kan?

****

Dihisap terasa manis, mencair di dalam mulut. Melebur membawa kepada senyuman yang terukir.

Cuma dengan sebiji gula-gula. Dan secebis kertas dari buku yang mungkin sudah tak lagi digunakan. Kita belajar bagaimana untuk menerbangkan hati seorang teman.

Membiarkan hatinya berbunga sakura.

Jika dikira, malah tak perlu dicongak. Rasanya, berapa lah sangat yang perlu kita keluarkan.

Gula-gula: 10 sen jika Choclair. Kalau rasa sayang, beli yang 10 sen dapat 2. Satu bagi dan satu kita makan.

Kertas: Cebisan kertas + dakwat pen yang kita tulis. Adalah mungkin, dalam 0.00023 sen mungkin.

Dan dengan 5 sen itu, sudah mampu untuk menghargai.

Dengan hanya sebiji gula-gula, dan secebis nota. Sudah cukup untuk membuat kejutan. Sudah cukup untuk sebuah penghargaan. Sudah cukup untuk membuatkan kenangan dan ukhuwwah itu kekal selamanya.

****

Bukankah pemilik wajah manis itu pernah bersabda?

" تهادوا تحابوا"

"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai..

-Riwayat Bukhari.

Tak perlu hadiah mahal semahal emas. Bila ingin dibeli, terasa segan. Difikir-fikir, ditimbang-timbang. Terasa sayang pula.

Tetapi jika mahal, alhamdulillah. Lagi saya terima. Haha.

Dan tak semestinya, pada hari lahir saja. Kan sayang itu pada setiap masa? Bila-bila kamu mahu.

****

Itu jika kamu pulang, hanya ada secebis kertas dan sebiji gula-gula. Jika 2 cebis, 3 cebis? Jika ramai yang bagi? SubhanAllah, dari hati bunga, terus jadi hati taman.

Maka sekarang, lihat hari lahir sahabat yang mana hari ni. Atau sahabat mana yang kamu nak luahkan rasa. Ambil sebiji gula-gula, koyak secebis kertas. Dan tulislah kata-kata yang kamu mahu.

Dengan senyuman, berjalan menuju ke biliknya.

Moga dia pula tersenyum dengan itu.

:)

Monday, December 20, 2010

Merokok untuk berdakwah?

~Smoke by ~circle--of--fire of DeviantArt~

****

Ramai kenalan saya yang merokok. Orang kata rokok itu nikmat, malah mungkin stylo. Malah kebanyakan hero dalam filem akan merokok dengan bergayanya.

Saya jadi tertarik. Malah ingin tahu, kenapa kawan-kawan saya merokok.

Kes 1

"Sebab apa kau merokok. Cuba cerita sikit.."

Ketika minum bersama, saya cuba bertanya. Dia hanya ketawa.

"Dulu, aku merokok sebab aku nak ajak kawan-kawan aku yang otai-otai ni pegi masjid.. Mudah sikit masuk, sebab diorang ni merokok. Dan memang aku dapat masuk dan tarik diorang pun lepas tu.. Banyak diorang berubah.."

Saya tersenyum mendengar.

"Cuma lepas tu aku tak dapat berhenti merokok la.."

Dia ketawa. Memang sebab yang baik. Haha.

Kes 2

"Kau pulak? Asal ko merokok?"

Kawan saya seorang lebih tersengih.

"Aku merokok dulu, sebab nak buktikan kat kawan-kawan aku.. Yang merokok ni, boleh berhenti. Aku nak merokok, dan aku nak berhenti. Dan nak bagitau diorang yang boleh je nak berhenti.."

Dia tersenyum. Saya memang suka. Dah tahu apa ayat seterusnya.

"Tapi last-last, aku pun tak boleh berhenti merokok.."

Dia tersenyum ketawa. Saya apatah lagi.

****

Agak-agak ada lagi tak sebab yang menarik begini?

P/s: Sambungan di komen.

Tuesday, December 14, 2010

Puisi: Waktu Dulu

Sleeping Garden by *Dr4kon of DeviantArt

****

Semalam, hari ini, dan esok yang menyenangkan.
Waktu semalam yang terus menyulam benang-benang kenangan.
Tersimpul kemas.
Terpancar warna yang berselerakan di lembar taman.
Taman rindu.

Tingkap-tingkap cerita terbuka dan tertutup.
Diketuk berkali-kali.
Hanya mahu merasakan seperti dulu kembali.
Sewaktu rumah itu sentiasa terbuka tanpa kata.
Saat setiap hari indah menyapa.

Ini cerita kita.

Percikan rasa yang kita pernah sama-sama basah dengannya satu ketika dahulu.
Sewaktu usia masih muda menganyam impian. Saat kita bersama masih bertatih mengait harapan..

****