Sleeping Garden by *Dr4kon of DeviantArt
****
Semalam, hari ini, dan esok yang menyenangkan.
Waktu semalam yang terus menyulam benang-benang kenangan.
Tersimpul kemas.
Terpancar warna yang berselerakan di lembar taman.
Taman rindu.
Tingkap-tingkap cerita terbuka dan tertutup.
Diketuk berkali-kali.
Hanya mahu merasakan seperti dulu kembali.
Sewaktu rumah itu sentiasa terbuka tanpa kata.
Saat setiap hari indah menyapa.
Ini cerita kita.
Percikan rasa yang kita pernah sama-sama basah dengannya satu ketika dahulu.
Sewaktu usia masih muda menganyam impian. Saat kita bersama masih bertatih mengait harapan..
****
walopun x brapa paham tapi terharunyaaaaa
ReplyDeleteitu semua cerita silam
ReplyDeletekini semuanya punah ditelan masa
tiada lagi kau di sisi
tuk bersama mendaki puncak harapan
yg kakinya telah berjaya kita lepasi
tapi rebah di pertengahannya
namun tiada apa2 yg bisa memadamkan abu-abu kenangan itu
kerana bahangnya terus menyemarak di dalam hati
tetap kekal bersemadi
indah mewangi bersama kuntuman-kuntuman kemboja memagari.
encik tilmiz, komen sikit puisi anna ni. mintak tunjuk ajar. hehe
Anonymous: :) Terharu sebab apa?
ReplyDeleteAnna: Wah, bestnya puisi! :) Huhu. Maaflah, saya tak pandai sangat komen. Tapi rasa best dan seronok bila first time baca.
Selamat berpuisi!
Nanti tulis lagi, bagitaulah nak baca kat mana :)
(lagi best dari puisi saya kat atas yang orang tak faham. hehe.)