~C'est Chocolat by ~greycamera of DeviantArt~
****
Anda berjalan memasuki bilik.
Menghempaskan badan. Hari ini adalah hari yang amat memenatkan.
Terperasan sesuatu yang diselitkan di atas meja. Cebisan kertas dari test pad yang dikoyak kecil. Di sisinya terdapat sebiji gula-gula choclair.
"Selamat Hari Lahir! :)
- Sahabat-"
Tersenyum, dan hari itu pasti dirasakan hari yang amat indah. Gembira, dan rasa di hargai.
Bagaimana perasaan?
Seronok kan?
****
Dihisap terasa manis, mencair di dalam mulut. Melebur membawa kepada senyuman yang terukir.
Cuma dengan sebiji gula-gula. Dan secebis kertas dari buku yang mungkin sudah tak lagi digunakan. Kita belajar bagaimana untuk menerbangkan hati seorang teman.
Membiarkan hatinya berbunga sakura.
Jika dikira, malah tak perlu dicongak. Rasanya, berapa lah sangat yang perlu kita keluarkan.
Gula-gula: 10 sen jika Choclair. Kalau rasa sayang, beli yang 10 sen dapat 2. Satu bagi dan satu kita makan.
Kertas: Cebisan kertas + dakwat pen yang kita tulis. Adalah mungkin, dalam 0.00023 sen mungkin.
Dan dengan 5 sen itu, sudah mampu untuk menghargai.
Dengan hanya sebiji gula-gula, dan secebis nota. Sudah cukup untuk membuat kejutan. Sudah cukup untuk sebuah penghargaan. Sudah cukup untuk membuatkan kenangan dan ukhuwwah itu kekal selamanya.
****
Bukankah pemilik wajah manis itu pernah bersabda?
" تهادوا تحابوا"
"Berhadiahlah sesama kamu, nescaya kamu saling mencintai..
-Riwayat Bukhari.
Tak perlu hadiah mahal semahal emas. Bila ingin dibeli, terasa segan. Difikir-fikir, ditimbang-timbang. Terasa sayang pula.
Tetapi jika mahal, alhamdulillah. Lagi saya terima. Haha.
Dan tak semestinya, pada hari lahir saja. Kan sayang itu pada setiap masa? Bila-bila kamu mahu.
****
Itu jika kamu pulang, hanya ada secebis kertas dan sebiji gula-gula. Jika 2 cebis, 3 cebis? Jika ramai yang bagi? SubhanAllah, dari hati bunga, terus jadi hati taman.
Maka sekarang, lihat hari lahir sahabat yang mana hari ni. Atau sahabat mana yang kamu nak luahkan rasa. Ambil sebiji gula-gula, koyak secebis kertas. Dan tulislah kata-kata yang kamu mahu.
Dengan senyuman, berjalan menuju ke biliknya.
Moga dia pula tersenyum dengan itu.
:)
cadangan yg menarik..memang betul,kita xmemerlukan hadiah yg bharga ratusan ringgit, tp cukup sekadar sebuah ucapan penghargaan untuk seseorang yg kita sayangi..krn erti scebis ukhwah itu sudah cukup manis
ReplyDeleteSeruan yg baik! nak try buat lah. tq :)
ReplyDeletebetul.boleh buat bila2 saja.setiap hari pun boleh. klu difikir2kan lagi,mungkin x perlu memikirkan hanya yg material. saat berjumpa dgn sahabat, beri salam dn hadiahkan senyuman ikhlas dn layanan mesra pada dia, pasti menerbitkan rasa gembira dn terasa dihargai dalam hati. betul kan? (sekadar dari pengalaman)
sbb diri sendiri pun suka menghargai dan dihargai oleh teman2. :)
lebih gembira kalau dapat buat sendiri special surprise on their birthday! tq for the simple but meaningful suggestion :)
裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間 , 裸聊直播間
ReplyDelete