Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, June 30, 2010

Once upon a time

Picture by Miriam1989 of DeviantArt

Everybody have their own childhood stories, rite?

****

Bila teringat, hati saya akan tersenyum sendiri. Cerita lama, rasanya dalam 11 tahun lepas.

Cerita tentang saya, dan Doktor Gigi.

Saya sungguh cuak bangat bila mendengar:

"Esok doktor gigi akan datang ke sekolah."

Ataupun, bila mak kata:

"Kita pi klinik gigi.."

Ya Allah, takutnya. Sudah terasa gusi saya yang akan dirobek oleh jarum tajam doktor tersebut. Kebas dan sakit!

****

Cerita ini ketika saya darjah 3. Cerita semasa saya masih bertatih di SRA Al-Irshad Kuantan.

Waktu tu masa pemeriksaan gigi. Dan giliran saya sudah sampai. Saya pun berjalan dengan penuh debaran. Seakan-akan meniti langkah yang semakin berkurangan menghampiri katil tinggi si Dentist.

Saya baring, doktor dengan sarung tangan plastiknya bersedia.

Dari pandangan mata yang menghala ke atas, saya dapat melihat tangannya yang memegang alat-alatan besi. Bersedia ke arah mulut saya. Dan..

"AAAaaaAAaaaaAaaaa!!

Saya menjerit.

"Haish! Tak buat apa-apa lagi dah menjerit?!"

Doktor tersebut marah.

Saya melihat sekeliling. Memang doktor tersebut belum berbuat apa-apa. Sentuh jarum pun belum. Saya saja yang menjerit. Saya memang selalu macamtu. Selalu menjerit sebelum doktor tak buat apa pun lagi. Huhu. Nak buat macamna.

"Err.. belum lagi ya?" Saya mengomel dalam hati. Habis orang-orang di dalam dewan tengok. Malunya.

Serius, segan!

****

Saya selalu berlagak cool sejak sekolah rendah. Ya Allah, kalau lah diorang tau tadi saya menjerit macam tu. Haish! Tak boleh-tak boleh.

Saya keluar dari dewan pemeriksaan dengan seorang muslimat. (Cehs, pelajar muslimat~ macam dah besar pula. hehe. Darjah 3 pula tu. Kecil motel lagi.)

Saya masih ingat lagi. Nama dia Hanani.

Saya toleh pada dia, saya kata.

"Jangan bagitau orang lain tau.."

Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

Dia hanya ketawa perlahan sambil terangguk-angguk.

Malu betul bila tau Hanani ada dalam dewan tadi. Mendengar saya menjerit walau doktor belum buat apa-apa. Sungguh terjatuh kewibawaan ini. Hahah.

Mungkin Hanani sudah lupa. InsyaAllah. Saya pun, sudah tak ingat bagaimana rupanya. But, i'm still remember your name untill now. Apapun, syukran Hanani atas itu ya :) It leave me a piece of memory that i will never forget.

****

One more thing that u should know.

Itu dulu ya, zaman ketika buku matematik masih lagi berkotak-kotak besar. Dan satu nombor masih lagi pada satu kotak. Hehe. I'm not that boy anymore. InsyaAllah, kalau jumpa Dr gigi. Tak menjerit dah, boleh sembang ramah lagi.

Erm, that's my childhood moment. Juz a slice of a childhood serenity that will make me smile bila teringat balik. Cuma terasa ingin berkongsi cerita. Nak kata kenangan manis, rasa macam bukan. Pahit, tidak juga.

I think, it's sweet sour story for me! ;)

Monday, June 28, 2010

Bersama: We share our spirit!

Picture by shellypark.files.wordpress.com

Kausar mengosok-gosok telapak tangannya. Sejuk. Gadis manis itu tersenyum. Redup dalam winter cloth berbulu tebalnya. Dia menguis-nguis salji di kaki.

Geithoorn petang itu dilitupi salju.

"You're my friend forever sis.."

Wap dingin keluar perlahan dari bibirnya. Kemudian perlahan-lahan menghilang ke udara. Nipis.

Zaty ketawa. Sekadar mengangkat kening kedua belah.

"Sakit?"

Kausar mengepal salji di tanah. Geram melihat reaksi sahabatnya.

"Tak lah, masih di jalan lurus..."

Kausar melambung-lambung bola ais di tangan.

"Jangan jadi al-mutasaqitun, dah..."

Peluru putih dilancarkan.

Zaty menahan dengan tangan. Terasa barda meresap di celah jemarinya. Dia ketawa lagi.

Daun-daun pokok Beech yang kaku seakan gembira melihat gelagat dua mujahidah itu. Sengaja membiarkan dirinya disapa angin lembut, menambahkan putik rasa suasana.

Kausar berjalan perlahan ke jambatan kecil comel yang menghubungkan dua tanah. Meluaskan mata melihat Geithoorn yang pasti satu hari meninggalkan seribu kenangan. Teratak yang tetap cantik dan menambat hati walau bukan pada musim bunga.

Muka muslimah muda yang putih itu merah menahan kesejukan. Merenung sungai kecil di hadapan. Diam sebentar.

"Kadang-kadang, kita rasa letih kan? Atas semua kerja ni. Rasa ingin berehat. Ingin menyembunyikan diri sebentar..Rasa macam, nak jadi Rapunzel pulak.."

Kausar sengih sendiri.

Zaty tersenyum.

"Rapunzel pun, tunggu orang nak selamatkan.. Tak nak duduk sorang-sorang.."

"Alah, Rapunzel tak apalah, putera raja yang selamatkan..."

"Habis, nak tunggu putera mana yang selamatkan?.."

Kausar senyum melebar. Mendongak ke langit biru.

"If one day.. I feel so futur.. and going to be that Al-mutasaqitun... What will u do..?"

Zaty tersenyum.

Merapati sahabatnya dari belakang. Memeluk Kausar erat seeratnya. Menyatukan tangan mereka bersama. Kejap.

"I'm gonna do this, i will hug u, my friend. And be with u.. Walk along together in this road to Allah.. Kausar."

Zaty membisik perlahan.

"Dan ukhuwwah ini, akan terus memadamkan rasa futur itu. Membenamkannya.. Dan mencambahkan bunga jihad yang lebih mekar di atas rasa itu tadi...Kan ukhuwwah itu cinta?.."

Kausar sebak.

"Satu niat, satu tekad, satu matlamat.." Bibirnya mengungkap ikrar ukhuwwah yang pernah dilaungkan bersama dahulu.

"We share our spirit..."

Mereka menyambung serentak. Ketawa. Mengesat air mata.

"Saya sayang sahabat saya, saya akan jaga sahabat saya.."

"Holand jadi saksi?"

"Tak, cukuplah Allah jadi saksi..."

Senyum gembira pun terukir..

Tenang.

Wednesday, June 16, 2010

Tribute buat Fatimah.


Untuk sahabatku,

Sama-sama satu universiti, satu persatuan, satu organisasi.

Namun, yang lebih amat diingati,

Sahabat satu perjuangan bersama, sahabat satu aqidah,

Tribute buat dirimu,

Fatimah Zurwanti Zulkifly.

Semoga dirimu bahagia di sana..

****

Aku masih ingat,

Dulu, dia lah yang bersama-sama berada dalam perbincangan. Ketika hendak menubuhkan pasukan khas bagi adik-adik dalam persatuan. Dia lah yang bersemangat melontarkan idea dan pendapat, agar adik-adiknya tenang dalam tarbiyyah Islam.

Yang selalu datang untuk berjumpa adik-adik walau sekejap. Walau aku tahu, dia korbankan banyak masa dan tenaga.

Walau, dirinya tak dapat apa-apa ganjaran dari mereka.

Biarlah,

Sebab dia yakin. Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Kan Fatimah? Ustazah dah dapat di sana, kan?

****

Ntah mengapa.

Aku teringat ketika mana kami bekerja.

Dulu, dia lah yang menegur dalam meeting. Tentang ikhtilat ketika bergerak kerja. Tingkah laku dan batas antara yang beza jantina. Katanya,

"Demi menggapai redha Allah.."

Aku jadi tersenyum,

Waktu satu ketika, ketika aku menguruskan sebuah program. Semua ahli bersusah payah melakukan yang terbaik. Aku rasa seronok dan terharu.

Termasuklah Fatimah.

Walau muka dia sudah berkerut dan masam seribu. Haha.

Tapi dia tetap berusaha menjalankan amanah sebaik mungkin. Walau aku tahu penatnya sudah tak terkira. Masa juga entah semakin susah disusun ke sana sini.

Hehe. Aku jadi ketawa bila teringat ketika aku dimarah olehnya.

Gembira mempunyai ahli dan rakan sepertinya.

****

Aku benar-benar merayu pada Allah agar Allah menyembuhkan. Ketika mendapat berita dia kemalangan. Terasa berat mendengar, terasa beban hati merasa.

Mak bertanya padaku, selepas membaca statusku di Facebook.

"Kawan abang macamna?"

"Dia kemalangan mak, tengah koma.."

"Ya Allah.. Cuba lah telefon keluarganya tanya khabar dia macamna.."

"Erm.. Mak doakanlah sekali ya?"

Sehingga, Allah benar-benar memanggil Atim, kembali ke pangkuanNya.

Kan Fatimah milik Nya? Dan kita tak punya apa-apa sama sekali. Kita hanya insan yang lemah.

Ya Allah. Aku terasa sedih yang amat.

Aku menangis ketika memberitahu mak. Mak juga menangis.

"Kesian pada adik dia kan bang? Mesti sedih kehilangan kakak..."

Ini aku, seorang muslimin yang tak lah serapat mana dengan Fatimah. Yang tak lah sekenal mana.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat muslimatnya? Yang setiap hari bergelak tawa bersama. Menggenggam janji dengan senyuman yang terukir. Pergi makan sekali. Sedih, berkongsi semua masalah. Suka duka sentiasa bersama dalam jangka waktu yang amat lama.

Bagaimana agaknya perasaan mereka?

Ya Allah..

Semoga Allah memberi antunna kesabaran yang kuat.

****

Mati itu, kita benar-benar tak tahu bila kan?

Entahkan esok, entahkan lusa..

Kita tetap akan kembali padaNya. Membawa segala bekal yang kita sudah siapkan di sini.

Berehatlah Fatimah..

Ustazah telah sampai ke tempat istirehat dari kejahatan dunia. Ustazah telah buat yang terbaik, semoga Allah balas segala kebaikan ustazah dengan Syurga dan ganjaran yang berlipat kali ganda insyaAllah.

Dan kami di sini akan terus berjuang.

Sampai waktu nanti,

Allah panggil kami pula ke sana.

*Al-Fatihah*

" Ya Allah, ampunkanlah dosa Fatimah Zurwanti binti Zulkfly, rahmatilah dia, 'afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya.

Basuhlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik.

Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka."

Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada Fatimah yang selamat pulang ke kepada Tuhannya pada 2.15 pm tadi. Dan memberi kesabaran yang menggunung tinggi kepada keluarganya.

A~min.

Tuesday, June 15, 2010

Berubahlah, diri!


Dalam damai, teratak sepi. Menjelma pertanyaan menyentap hati. Bermainlah pilu sang isteri. Membelai pipi permata suci.

"Ummi, di manakah abi?"

Bergetarlah bibir mencari. Perlukah ku kisahkan, apa yang terjadi? Pada si kecil yang ingin mengerti.

"Sayang Abi, kekasih Ummi, pergi mencari cinta ilahi..."

****

Israel, kamu silap! Seandainya kamu rasa umat islam lemah, dan boleh ditindas sesuka hati. Kami, kamilah pemuda yang akan kembali menjadi Sayyidina Umar membuka kota Baitul Maqdis! Kami lah Salahuddin Al-Ayyubi yang akan meragut jantung kekejaman kamu. Merobek nista yang kamu tanam. Menghancurkan onar yang kamu cambahkan.

Kami sedang bersiap, membawa Islam yang akan mengembalikan senyuman manusia kembali.

Ingat Khaibar wahai Yahudi!

Kami, tentera Muhammad telah datang!

****

Palestin bukan sekali dua diserang. Bukan kadang-kadang maruah telah diperkosa. Bukan kadang-kala kehormatan diinjak-injak. Serangan pencabulan Frotilla keamanan. Itu bukan yang pertama!

Lalu, sampai bila kita perlu terleka. Seronok dan hanyut?

9 April 1948

Pemunuhan kejam militan Yahudi oleh kumpulan Hajnah dan Argun. Mereka membunuh dengan rakus 250 orang Islam di Dir Yasin, yang 100 orang darinya wanita diserang.

Penduduk yang masih hidup pula, diangkut dengan trak di hadapan penduduk Yahudi untuk dilontarkan dengan batu.

14 Mei 1948

50 orang umat Islam di Kampung Abu Syasyah dibunuh dengan kejam.

Sebahagian ditembak dengan senjata api. Sebahagian dikapak kepala mereka.

29 Oktober 1948

Pembunuhan di luar rangka sifat manusia. Tentera Israel menyuruh penduduk 'Albiyyun berkumpul di kawasan lapang.

Sesudah berkumpul,

Penduduk di tembak dari semua arah.

****

Apa tindakan kamu?

Setelah habis carik bendera Israel di koyak. Penat suara marah melaungkan amarah. Apa perubahan pada diri kamu? Diri kita.

Bertambahkah helaian al-quran dalam hari-harimu?

Lalu, adakah akhlaq kamu kian baik dalam menuju muslim yang sejati? Telah dibuang hancur sikap mazmumah?

Hurm, macamna dengan ilmu? Banyakkah buku yang telah ditelaah?

Atau...

Memang Salahudin Al-Ayyubi dulu juga sikapnya sama macam kita sekarang, ketika membuka kota Palestin dulu. Kan?Kalau tidakpun, kita dengan sikap dan perangai begini lah yang akan memimpin ummah, dan menyelamatkan Palestin dari cengkaman Zionis.

Masih dengan lalai drama melayu yang tiada batas.

Akademi Fantasia yang memang penuh dengan Fantasi.

Seronok dengan masa lapang yang penuh nikmat. Membuang masa tanpa sebarang perkara yang berfaedah.

Sibuk, sibuk sangat dengan perasaan yang selalu haru tak menentu. Melayan 'teman' di sana. Atau masih berpusing-pusing dengan hati yang selalu terasa pada rakan-rakan seperjuangan. Sensitif yang amat.

Sama, dan tak berubah.

****

28 Oktober 1956

Tarikh ini, Ariel Sharon dan 19 orang tentera Yahudi menunjukkan kejahatan yang amat dahsyat kepada Kufru Qasim.

Rejim Israel mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 6.00 petang. Para petani keluar ke tempat kerja masing-masing dan bercadang pulang lebih awal bagi mengelak melanggar peraturan.

Tetapi,

Pada jam 4.45 petang. (Ketika petani-petani masih berada di ladang mereka), pihak rejim mengisytiharkan pula perintah berkurung bermula jam 5.00 petang.

Apabila petani pulang pada jam 5.30-5.45, dua orang pegawai bersama 19 orang tentera Israel sudah bersedia di jalan masuk kampung berkenaan dan mereka terus melepaskan tembakan ke arah petani.

Mereka yang berhati syaitan membunuh.
57 terbunuh, seorang adalah kanak-kanak, dan 17 adalah wanita. 27 cedera.

16 September 1982

Seandainya ada perkataan yang lebih teruk dari 'kejam'. Maka itulah yang berlaku di Sabra dan Syatilla.

3 hari berturut-turut tentera Israel pimpinan Ariel Sharon membunuh lebih 3000 orang Islam termasuk kanak-kanak dan wanita. Ada yang ditembak, ada yang dipancung kepala.

Bagi mengaburi mata masyarakat antabangsa, mahkamah tentera telah membicarakan kes ini. Dan mereke yang didapati bersalah didenda sebanyak,

14 sen (USD) sahaja.

19 tahun kemudian (2001). Ketua pengganas dalam tragedi ini, Ariel Sharon menjadi Perdana Menteri Israel.

****

Ayuh sahabat, kita tingkatkan diri.

Bukankah mati itu pasti? Sangat pasti. Cuma sama ada kita mati kerana kemalangan, kerana sakit. Ataupun kerana pergaduhan, kerana terhentinya nafas.

Tidak ada yang boleh berubah. Kita menuju ke arah masa kematian kita. Walaupun kamu tak mahu.

Seandainya cara kematian itu boleh dipilih, saya mahu dan lebih suka memilih syahid di jalan Allah!

InsyaAllah.

****

Tinggalkan sekejap.

Tinggalkan sebentar semua yang mengganggu. Yang mengusik ketika kita dalam perjalanan menuju Allah.

Lawan nafsu, lawan sampai ke akhirnya.

Bayangkan,

Semasa satu dunia sedang sibuk berperang. Dan tentera Islam sedang dalam barisan yang teratur dan rapi bersedia menggempur musuh. Kita masih lagi terkial-kial. Mencari kekuatan iman. Atau pun kelam kabut bangun dalam keadaan yang terpinga-pinga mencari kedudukan ketika lalai di belakang. Sedangkan semua sudah berada di depan mempertahankan Islam.

Tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Lalu, ditinggalkan begitu.

Kita tak mahu begitu.

Ayuh bangkit!

Melakar diri.

Bila lihat Palestin diserang. Ibu-ibu dirogol dengan ketawanya jahat hati mereka. Dan anak-anak dan adik-adik yang berlubang perut dirobek senjata.

Bila lihat, kita bina jadual ibadah kita. Kita ikut, agar terus menjadi mukmin yang kuat.
Bila baca dan benci, Kita tambahkan ilmu-ilmu kita. Agar kita mampu melawan mereka.

Takbir! Allahuakbar.

Bila dengar, rasa dan marah. Kita lawan nafsu. Perasaan leka dan selesa yang membuai kita sekarang.

Kadang-kadang kita rasa sukar untuk boikot. Susah sangat. Tak mengapa, kita cuba. Selagi mana yang mampu. Selagi ada yang terdaya. Walaupun sikit. Kan masih banyak pilihan?

Tambahkan ilmu kita dengan kitab-kitab sirah nubuwwah. Buku-buku Palestin. Serta kitab-kitab haraki. Moga hati kita senantiasa tetap dan berkobar dalam jihad.

Teruskan, banyakkan membaca al-quran. Teruskan, tingkatkan iman setinggi-tingginya. Kita lah, kita yang akan maju sebagai pemuda yang akan menjulan tinggi panji Islam!

****

Al-muddaththir.

Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

(1-7)

****

"Tidurlah sayang.."

Dodoikan bersama zikir mendamaikan.

"Bangunmu esok... Menjadi pejuang, mujahid sepanjang zaman...."

Tuesday, June 8, 2010

Keinginan kita.

Picture by Flickr

"Apa la adik ni, minta x best lansung. Belon je. Minta la patung power rangers ke.. Ultraman ke. Best sikit"
komen seorang abang berumur 7 tahun kepada adiknya..

Perli seorang kakak darjah 6 kepada adik saudaranya 7 tahun.
"Haha. lain kali minta la mak belikan digimon.. Power ranger ni untuk budak-budak ja.."

Sekolah menengah kepada sekolah rendah.
"Alahai. memang sekolah rendah betul lah diorang ni.. minta permainan. Baik dapat baju baru atau jam baru.. kan lebih baik?"

Seorang di universiti teringat masa lalu.
"Aku ingat lagi time sekolah menengah.. budak-budak lagi rupanya.. minta baju la.. apa la.. sekarang ni kalau dapat hanphone baru.. best nie.. laptop ke?"

Dah kerja.
"Dulu aku kecik-kecik mcmtu la.. nak macam2.. dapat kereta baru dan rumah mewah ni.. alhamdulillah".. katanya sambil tersenyum..

Dari jauh, dari hijab..
Dari indahnya yang Allah janjikan..
Bergembira ahli syurga., bersama sutera dan permata. Tiada sedih dan tiada bimbang. Sentiasa gembira.

"Wahai ahli dunia, seandainya kamu mengetahui apa yang kami rasakan.. pasti kamu melupakan semua...seperti seorang yang memandang rendah kehendaknya anak kecil.."

:) Semoga Allah sentiasa menganugerahkan kita dengan hidayahnya. A~min.

Picture by Flickr