Followers

Letakkan link blog anda =)

Monday, December 20, 2010

Merokok untuk berdakwah?

~Smoke by ~circle--of--fire of DeviantArt~

****

Ramai kenalan saya yang merokok. Orang kata rokok itu nikmat, malah mungkin stylo. Malah kebanyakan hero dalam filem akan merokok dengan bergayanya.

Saya jadi tertarik. Malah ingin tahu, kenapa kawan-kawan saya merokok.

Kes 1

"Sebab apa kau merokok. Cuba cerita sikit.."

Ketika minum bersama, saya cuba bertanya. Dia hanya ketawa.

"Dulu, aku merokok sebab aku nak ajak kawan-kawan aku yang otai-otai ni pegi masjid.. Mudah sikit masuk, sebab diorang ni merokok. Dan memang aku dapat masuk dan tarik diorang pun lepas tu.. Banyak diorang berubah.."

Saya tersenyum mendengar.

"Cuma lepas tu aku tak dapat berhenti merokok la.."

Dia ketawa. Memang sebab yang baik. Haha.

Kes 2

"Kau pulak? Asal ko merokok?"

Kawan saya seorang lebih tersengih.

"Aku merokok dulu, sebab nak buktikan kat kawan-kawan aku.. Yang merokok ni, boleh berhenti. Aku nak merokok, dan aku nak berhenti. Dan nak bagitau diorang yang boleh je nak berhenti.."

Dia tersenyum. Saya memang suka. Dah tahu apa ayat seterusnya.

"Tapi last-last, aku pun tak boleh berhenti merokok.."

Dia tersenyum ketawa. Saya apatah lagi.

****

Agak-agak ada lagi tak sebab yang menarik begini?

P/s: Sambungan di komen.

7 comments:

  1. Menarik juga bila lihat orang membuat bulatan asap dari mulutnya. Memang smarto!

    Saya tak tahu macam mana nikmatnya rokok. Cuma saya tahu, apabila seseorang sudah merokok. Payah untuk berhenti. Saya amat memahami itu. Kita boleh suruh untuk mereka berhenti. Tapi bagi mereka, ia tak semudah kata-kata.

    Tak perlu dicerita. Rasanya, semua perokok tahu yang ianya bahaya. Dekat kotak tu, dah tak larat tengok gambar-gambar yang macam dalam cerita Saw ngerinya.

    Ramai yang teringin nak berhenti.

    Tapi bila sehari tak ada, ia rasa seakan hilang buah hati.

    Kan?

    Berhenti.

    Saya terbaca sebuah artikel berkenaan rokok di berita harian online. Dan seorang bernama Kamal meninggalkan komen.

    "Saya berjaya berhenti merokok pada Nov 2009 serta merta sejak 22 tahun merokok sebanyak purata 20 batang setiap hari setelah terbaca artikel menghisap rokok ni sudah difatwakan haram. Dengan kata lain menghisap rokok adalah berdosa. Berniat kerana Allah Taala. Saya percayalah DIA yang memberi kekuatan. Saya yakin anda yang masih merokok sekarang juga mampu berbuat demikian."

    Langkah pertama:

    1-Berniat kerana Allah.

    Kadang-kadang terasa kagum. Kenapa mereka yang merokok, boleh untuk menahan diri dari merokok ketika berpuasa Ramadhan.

    Jawapannya mudah:

    Kerana puasa itu wajib. Dan merokok membatalkan puasa. Maka mereka menahan dari merokok kerana takutkan Allah. Lalu Allah membantu. Allah beri kekuatan.

    Ya, kerana Allah- That's the key.

    Saya pernah terbaca:

    Di bawah pemerintahan seorang raja, pernah dia menjalankan hukuman bunuh terhadap perkok dan yang berkaitan dengan rokok. Kerana bencinya terhadap rokok.

    Bagi saya:

    Saya tak pernah membenci perokok. Cuma benci terhadap asap rokok yang memualkan. :)

    Bila kamu berusaha untuk dekatkan diri pada Allah. Allah akan bantu. Yakinlah.

    "Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

    (Hadits Riwayat Muslim)

    Mungkin ada yang mengambil secara umum yang rokok itu makruh, tapi kebanyakan fatwa mengatakan rokok itu haram. Termasuklah di Malaysia. Baca sini.

    http://www.harakahdaily.net/v2//index.php?option=com_content&task=view&id=13856&Itemid=48

    Takut Allah kan?

    Cuba ni:

    Sengaja fikirkan setiap kali merokok: Setiap kali sedutan itu membawa kita pada dosa. Setiap sedutan adalah haram. InsyaAllah, fikiran kita akan membantu.

    Tak kan kita nak buat perkara yang haram.

    Kita usaha sikit-sikit ya.

    :)

    ReplyDelete
  2. 2- Rokok itu adalah baju dan hanphoneku yang mahal.

    Saya pernah terdetik untuk merokok. Perkara biasa, syaitan akan membisik apa sahaja.

    Cuma saya berkira-kira. Yang saya ini suka shopping. Seandainya saya ambil seorang merokok 1 kotak untuk 2 hari.

    Rm7 (satu kotak) x30/2 (sebulan) : Rm 105!

    Saya tak pasti adakah sekotak 2 hari terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk kebiasaan. Saya rasa lebih lagi.

    Tapi dengan duit tu, saya boleh beli baju John Master. Paul Smith. Kumpul duit beli Blackberry. Kasut Converse. Beg Tropicana Life. Beli banyak-banyak. + bleh makan kat secret recipe sampai kenyang.

    Saya memang lebih suka shopping. Dan saya sayang untuk korbankan itu jika untuk beli rokok.

    Tak rasa ke kalau bukan sebab rokok tu, korang sekarang dah bleh pakai 5 biji laptop Vaio?

    3-Cuba slow-slow.

    Hari ni hisap 6 batang sehari.

    Bulan kedua cuba hisap 5 batang.

    And so on.

    Tahan sebatang je kan?

    InsyaAllah, Allah bantu.Kkan Allah maha penyayang?

    4-Cari jalan.

    Saya kadang-kadang seronok bila lihat di Tv, ada yang keluarkan ubat yang katanya dapat hilangkan ketagihan merokok. Walaupun saya tak merokok.

    Pernah dengar Dtox?

    http://dtox.blogspot.com/2006/08/dtox-hilangkan-ketagihan-merokok-dadah.html

    Nak je saya telefon kawan-kawan saya suruh guna.

    Atau, kalau taip dekar google.

    "Hilangkan ketagihan merokok"

    Banyak keluar. Yang tolong bagi tips pun ada.

    Tapi, nak ke?

    Maka kita tanya balik hati.

    Nak berhenti tak? :)

    ****

    Entahlah.

    Bagi saya caranya cuma 2 :

    1) Niat kerana Allah. Dan pasti, Allah akan tunjukkan jalan.

    2)Cari jalan. InsyaAllah ada.

    InsyaAllah. Semoga amanah Allah, yakni badan yang sihat ni. Kita mampu untuk menjaganya. Dan mampu menjawab di hadapan Allah nanti.

    Seandainya ditanya.

    "Badan yang Aku pinjamkan, kenapa kau rosakkan?"

    Sekurang-kurangnya jika kita dah usaha untuk berhenti.

    Boleh jawab.

    "Ya Allah, aku tersilap dan aku dah berusaha dan mencari jalan untuk berhenti."

    Kalau kita tak usaha?

    InsyaAllah, Allah sentiasa bersama :) Niat, dan memang Allah akan bagi kekuatan. Semoga Allah bantu.

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. saw ngeri, sebab jelas nampak.
    merokok tak berapa nak ngeri, mungkin sebab orang tak nampak?

    entahlah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. terbaek~! :)

    p/s : 1st time bace lelaki suke shopping :P

    ReplyDelete
  6. pernah merokok satu batang,dunhill,xrasa ap2 pn,sgt merugikan. ;)

    ReplyDelete