Followers

Letakkan link blog anda =)

Saturday, July 30, 2011

Cerita gerbang Ramadhan: Zulfah 2


****

Zulfah menoleh-nolehkan kepala. Beg pinky-funky Tropicana Life nya digenggam erat.

"Err.. Betul ke aku ni?"

Zulfah serba tak keruan. Dia gigit bibir yang tak sakit.

"Kalau abang nampak aku ni, mau kena gelak sakan.."

Darul Quran petang itu tenang. Sama seperti hari-hari sebelumnya. Angin bukit yang bertiup merentasi tasik bagai penghawa dingin bagi pelajar-pelajar di sini.

Pelajar-pelajar perempuan yang baru mendaftar, kelihatan di sana sini. Semuanya bertudung labuh dan berjubah. Comittee pun sama.

Serius, memang nampak macam malaikat.

Semua nampak sopan-sopan, baik. Aku pula, jubah dan tudung labuh + kasut converse hitam tali merah + Beg merah jambu gila punya shining. Button pula bertampal sana sini. Gila betul!

Bahu terasa disentuh lembut.

"Assalamu'alaikum, asif jiddan. Apa khabar ukhti? Banat baru di sini ya?"

Minah arab mana pula yang sapa aku ni?

Zulfah berpaling. Kelihatan seorang perempuan yang berwajah manis tersenyum. Kakak rasanya.

"Wa'alaikumussalam. Err.. Maaf, nama saya bukan asif.."

Tergagap-gagap Zulfah menjawab.

Kakak tadi tersengih sendiri mendengar jawapan Zulfah, tersedar tersilap menggunakan perkataan. Asif Jiddan tu lebih kurang 'maafkan saya' la lebih kurang dalam bahasa arab. Dia menghulurkan tangan.

"Nama akak Nazirah.."

****

"Kak Jie.."

Zulfah menanggalkan headphone di kepala. Sonic Gear hitam yang masih berdentum Love Me dari Justin Bieber disangkutkan di leher.

"Yup?"

Quran biru kecil comel terjemahan keluaran Nurul Iman itu ditutup perlahan, sebelum dijunjung dan dikucup. Baru selesai menyudahkan ulangan hafalan Surah Ar-Rahman.

"Kenapa Fa?"

Kak Jie angkat kening.

"Err..."

"Agak-agak, boleh ke Fa jadi baik? Hafal Quran perabih macam akak?"

Kak Jie senyum.

"Fa rasa, macam mana? Boleh ke?"

Aik, tanya aku balik?

"Entah.."

Zulfah jongket bahu. Boleh ke aku ni? Macam jauh je nak kena pecut kalau betul-betul nak jadi baik macam tu. Ni nak berjalan pun rasa mengah.

"Kenapa Fa masuk sini?"

Kak Jie seakan menguji.

"Akak sebab apa?"

Ha, kan aku dah tanya balik. Tak kan nak nak cakap mama suruh masuk kot, segan lah kan..

Kak Jie senyum sendiri. Otak fikirannnya berputar ke belakang. Masing-masing mesti ada reason bila buat sesuatu kan? Dan dia pun macam tu.

"Sebab Facebook.." Selamba.

"Erk?"

Agak-agak ar.

Kak Jie ketawa.

"Tak adalah.. "

Kak Jie menyandarkan badan di dinding. Baru sedap nak cerita.

"Pernah sekali dulu, waktu tu akak rasa lost dalam hidup. Rasa jauh dengan Tuhan.. Bila tengok member-member akak yang baik, akak terfikir, bila la aku nak jadi macam diorang? Dan fikir-fikir, kalau la aku mati esok, ada harapan tak nak tau syurga tu macam mana.."

Kak Jie diam kejap.

"Sampailah akak baca status kawan akak.. Dia post status pasal satu hadis nabi.."

Pergh, dapat kesedaran sebab orang post kat Fb je. Tak terfikir lak. Selama ni aku guna Fb ni untuk buat diari bergerak je. Macam "Adei, boringnya hari ni.." "Weh, korang nak keluar tak?.." "Yea! Hari ni dapat makan Dunkin Donat!" atau pun "Berat aku tambah 3 kg lagi.. Diet lagi la aku nampaknya.."

Haha.

Tak terfikir pula Fb tu boleh bawa kebaikan kalau pandai guna.

"Hadis tentang apa Kak Jie?.."

"You can't turn to Allah, or gain His love, with anything superior, than reading the Quran."

Simple Dimple.

"Waktu tu baru akak dapat jawapan. Nak cari life akak yang rasa lost tak tau kat mana tu, rupanya Nabi kita dah bagitau siap-siap. Nak kembali pada Allah ke, atau nak dapat cintaNya, tak ada yang lebih hebat melainkan Al-Quran.."

Betul jugak.

Cat Steven boleh transform jadi Yusuf Islam pun sebab quran. Abang dia bagi. Ruben si photographer tu pun sama, cerita dalam video yang ada background Open Your Eyes Maher Zain, yang dia dapat hidayah pun time tengah kaji quran.

"Baca Quran selalu, insyaAllah Allah jaga kita.."

Kak Jie tersenyum.

Zulfah hanya mengangguk diam.

Lagu di Mp3 yang belum tertutup bertukar ke 'If i Let You Go'. Lagu lama Westlife. Di luar kedengaran bunyi riuh rendah banat main bola jaring.

"Tapi tengok Fa. Baju tak sama pun macam banat lain kalau bukan time kelas. Orang pun pandang pelik je.."

Kak Jie tesenyum.

"Tutup aurat tak?"

"Err.. Tutup.."

"Berdosa tak?"

"Erm, tak rasanya.."

"So?"

Kak Jie angkat kening. Zulfah hilang kata. Tapi Kak Jie pun pakai macam tu apa?

"Tapi semua banat pakai macam tu.. Akak pun.."

Kak Jie tersengih.

"Ada sebab kenapa diorang pakai macam tu. Nanti Fa akan tahu dan faham juga.. Sebab.."

"Sebab?"

****

Syurga untuk orang berjuang itu ada seratus tingkatan. Seandainya Allah bagi peluang kita masuk syurga. Di mana tingkatan kita?

****

Langit nampak terang-terang mendung.

Zulfah berdiri mendongak langit. Angin perbukitan yang sesekali singgah melalui tasik di Darul Quran ini terasa amat menyejukkan.

Tadi baru habis usrah. Testing makan dalam talam ramai-ramai. Mula-mula kekok la jugak sebab tak biasa. Cukup ke makan ramai-ramai macam ni? Ada yang first makan dalam talam tu, kaut lauk sorang-sorang dia. Habis orang lain nak makan apa? Zulfah ketawa teringat.

Tapi di akhirnya, cukup sangat. Dan terasa kemanisan berukhuwwah tu bila makan bersama. Macam kak naqibah cakap tadi, nabi cakap, makan untuk seorang tu, cukup untuk dua orang, dan makanan untuk dua orang itu cukup untuk empat. Kata-kata nabi sentiasa benar.

Bintang nampak begemerlapan di langit.

"Hah, teringat siapa tu?"

Kak Jie menyergah menyentuh bahu Zulfah.

"Kak Jie!!"

Zulfah separuh menjerit. Tersentak kerana terkejut, keningnya berkerut sambil bibir menggigit geram. Kak Jie hanya ketawa nakal. Seronok dapat mengenakan sahabat sebiliknya.

Hish Kak Jie ni, pekena orang memang no satu. Sejak bila dapat penyakit sama macam abang ni?

"Nasib Fa tak dak lemah jantung.. Kalau tak mau jatuh dalam tasik ni dah.."

"You jump, I jump la.."

Kak Jie tersengih.

"Ye la tu.."

Zulfah tersenyum.

Jeti kayu yang dibina mengunjur ke tasik itu sesekali berayun perlahan. Simbahan lampu perang jalan menyebabkan bumi barakah ini tampak hening ditemani tasik, sekali gus memberi ketenangan untuk menghafal al-quran.

Beberapa orang banin kelihatan menaiki basikal, baru pulang dari masjid rasanya.

"Saja lihat langit. Dah tak lama nak masuk ramadhan kan?"

Zulfah kembali mendongak ke langit.

Awan berkepul-kepul, namun tak menghalang cahaya sang bulan.Langit sya'ban, yang tak lama akan menjadi langit sakinah Ramadhan.

Kak Jie sama-sama melangut ke langit.

"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)"

Kak Jie membaca perlahan ayat albaqarah 185 itu perlahan secara hafazan. Merdu.

"Fa, Ramadhan ni.. Hadiah yang amat besar Allah anugerahkan pada kita.."

"Erm?"

Zulfah menoleh.

Kak Jie tersenyum.

"Berkat dalam berkat. SubhanAllah, berkatest.."

Haha. Mai mana pulak perkataan berkatest ni? By the way, betul kata Kak Jie, bulan Ramadhan adalah bulan Quran. Bulan berkat yang diturunkan pula padanya kitab yang berkat. Kira macam pakej lengkap lah.

"Fa ada niat nak jadi lebih baik kan? Akak pun sama. Waktu ni lah waktu yang paling sesuai untuk kita ada satu turning point. Waktu yang paling sesuai untuk kita rasa lebih baik. Allah tahu, lalu Allah beri kita Quran, emas yang amat bernilai."

Kak Jie menarik nafas, kemudian menyambung.

"Dan Ramadhan pula, sinar yang terang. Dalam Quran ada satu nilai yang tak terhingga, dalam Ramadhan pula, bulan diturunkan quran itu. Kira macam terbaik dalam terbaik la. Very shining gold.. Kan?"

Zulfah angguk.

Yup, dari catwalk pun boleh jadi Quranicwalk jika dalam hati ada niat nak berubah. Allah mesti tolong, kan?

"Peluang dah ada, ruang dah ada, cuma tinggal kita je lah kan, nak ke tak nak.."

Semua orang dapat Ramadhan, tapi berapa ramai yang berjaya 'capai' ramadhan tu. Ramai yang berlari, tapi ramai je yang dah tersungkur awal-awal.

Dan bila quran ni berusaha dicapai bersungguh-sungguh, disertai pula pada Ramadhan yang mulia, insyaAllah, kita memang sedang mendaki jalan Taqwa itu..

Itu pesanan kak naqibah tadi.

"Ramadhan dan Quran, jika ia benar dihayati. It's really a beautiful formula of Taqwa."

Zulfah dan Kak Jie tersenyum. Bintang terasa cerah di hati.

"Wonderful.."


****


“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.

( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )

****

Ta-Taubat
Qaf-Qanaah
Wau-Wara'
Alif-


"Wara' adalah menggunakan setiap anggota yang Allah pinjamkan dengan penuh disiplin."

Zulfah menitikkan noktah selepas menyalin maksud wara' pada kertas A4 berbingkai bunga. Tulisan itu dibentuk kecil ditarik anak panah pada huruf arab yang bersimpul itu. Seketika, dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

Adeh, alif last ni untuk apa ya?

"Kak Jie..! Alif ni untuk apa?"

Zulfah bertanya separuh melaung. Kak Jie yang sedang menjahit penutup niqabnya berhenti seketika.

"Alif untuk ikhlas macam Kak Jie.."

Kak Jie tersengih.

"Terima kasih daun keladi.."

Zulfah nampak gembira seraya menyambung menulis, sengaja tak mahu melayan omelan kakak sebiliknya itu. Bukan boleh layan sangat Kak Jie punya perasan ni. Nanti habis semua santan dia perah.

Kak Jie mencebik. Kurang asam betul tak layan aku.

"Siap!!"

Kertas A4 itu ditampal di depan meja belajar, nampak cantik. Zulfah tersenyum puas. Barulah tak lupa. Barulah hari-hari boleh tengok. Barulah setiap masa taqwa tu menjadi impian akhirat untuk selalu kita kejar.

"Astaghfirullah.."

Zulfah mengucap perlahan, seperti isyarat untuk langkah pertama. Untuk menuju jalan taqwa, taubat adalah syarat utama. Rasakan diri kerdil depan Tuhan, rasa diri selalu berdosa. Baru bunga-bunga taqwa tu bercambah di hati.

"Target Ramadhan ni?"

Kak Jie bertanya memegang bahu Zulfah.

Zulfah mengangguk tersenyum.

"Fa nak jadi lebih baik.. Nak capai La'alalkum tattaqun, dengan golden formula, Quran+ Ramadhan.."

Formula taqwa itu diulang penuh harapan.

"Yeah!! Jom jadi baik!!"

Kak Jie separuh melaung mengangkat tangan. Zulfah tergelak-gelak. Macam budak-budak lah pulak Kak Jie buat gaya ni.

"Chaiyok! Chaiyok!"

Zulfah turut meraikan.

****

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

****

"Wah! Ustazah ranggi dah sampai!!"

Muka Zulfah kian merah. Penumbuknya digenggam kuat-kuat. Abang ni! Kalau tak sebab nak control ayu, dah lama ada orang makan beg free.

Majdi ketawa.

Hari ni mama dan papa datang melawat. Biasalah, kat tempat baru. Nak juga mengadu dan cerita apa yang berlaku. Semua orang pun macam tu. Tak ke?

"Hai, makin tembam anak mama ni.."

Zulfah tersengih.

"Makanan sini sedap-sedap la ma.."

Zulfah mencium tangan ibunya, kemudian di ikuti pipi dan dahi wanita itu. Kucupan itu beralih pula pada ayahnya.

Majdi menghulur tangan. Zulfah buat macam tak nampak je tangan tu. Biar je tergantung. Padan muka! Kata kat aku lagi.

Majdi menggigit bibir tersenyum. Merajuk pulak ka adik aku sorang ni..

"Patutlah abang tengok mendung je langit hari ni.. Rupanya puteri comel sorang ni merajuk..."

Zulfah tersenyum lebar. Pandai ayat orang ek?

"Maafkan kanda, Tuan Puteri Zulfah?"

Majdi mengangkat kening, menghulurkan tangan. Mengajuk suara macam cerita melayu lama yang tak ada kaler tu.

Haha. Abang aku putus fius..

"Senget.."

Senyuman Zulfah kian melebar. Tangan abangnya dicium.

"Ha.. Ni barulah boleh dapat award adik mithali.."

Zulfah menjelirkan lidah. Nasib la aku ni hati gula, senang je nak cair. Encik Zainudin dan isterinya hanya ketawa.

"How's life here by the way? Good? Better?"

"Best!"

Zulfah menggayut senyum menawan. Alah, dekat abang tak pe kan?

"Ceritalah.. Mama dan Papa nak dengar juga.."

Ibunya tersenyum, Encik Zainuddin mengambil tempat di sisi isterinya.

Zulfah kemudian semangat bercerita. Tentang berapa juzuk yang dia dah cuba hafal, tentang hidup di tempat baru, tentang ketenangan yang dirasakan mengalir di bumi yang sentiasa kedengaran alunan quran ini, dan tentang Kak Jie.

Majdi hanya menjadi Teddy Bear setia sambil tersenyum.

"Abang, kenapa diam je? Selalunya orang tak sempat cakap dah menyampuk. Ni sakit ke apa?"

Zulfah habis bercerita. Majdi ketawa.

"Tadi Fa ada sebut tentang ukhuwwah kuat la kat sini, silaturrahim la, kan?"

Zulfah angguk.

"So?"

"Err.. apa nama roommate Fa tadi?"

Aik abang ni, punya banyak orang cerita, itu pulak yang dia dapat.

"Kak Jie, Kak Nazirah.."

Zulfah mula musykil.

"Kirim salam kat dia yup.."

Majdi tersengih.

"Gatal!"

Majdi lebih ketawa.

****

P/s: ^^, maaf kerana cerita tak seberapa. Selamat menyambut ramadhan kareem. Bulan Ramadhan ni, kita cuba jadikan bulan quran bersungguh-sungguh. Memang bukan untuk bulan mulia ni sahaja, tapi moga-moga ianya menjadi pencetus kepada kita untuk jadi lebih baik. A turning point.

Cuba, insyaAllah. Mungkin setiap kali lepas solat 4 muka. Maka dapat satu juzuk sehari. Jika tak dapat, semuka pun tak apa, jika tak dapat, satu baris pun tak apa.

Tak semestinya khatam, asal dapat menghayati. Moga ia terus melekat di hati =) Salam Ramadhan Kareem untuk semua.

"Jika seandainya kita pernah melalui training-training sebelum ni, untuk melatih kepimpinan dan kepakaran. Maka ramadhan adalah training kita yg sebenar. 'Abdtrain. Latihan kehambaan. Yang mana jangka waktunya adalah sebulan. Lalu prosesnya sama, seandainya kita bagi commitment yang sebenar-benarnya, maka kita akan dapat objektif program tersebut. Taqwa dan malam penganugerahan lailatul Qadr.."

Monday, July 25, 2011

Kisahku: Aku dan KCB 3.


****

Petang ini awan biru berarak perlahan.

Pelajar Universiti Insaniah kelihatan ramai di sana sini. Kebanyakannya baru habis kelas masing-masing. Yang lelaki banyak yang berkopiah dan bersongkok. Yang perempuan pula, bertudung labuh, malah tak sedikit yang berfurdah. Mereka yang belajar di kampus ini mengambil jurusan agama.

Memandang mereka pun sudah rasa macam ada ais dalam mata. Sejuk.

Saya baru habis berkampung seminggu di Kedah. Tengok-tengok padi, hirup udara segar yang kalau cari dekat K.L memang payah dapatlah. Menghadiri Kolukium Ulamak Muda di Insaniah, dan kemudian membantu mana yang mampu untuk program Jomega untuk adik-adik.

Saya berjalan-jalan memerhati, niat ingin menuju ke rumah sewa sahabat. Tekak terasa meronta-ronta ingin meneguk air sejuk. Wah, ada air jambu di hadapan!

"Berapa bang?"

Seorang perempuan berfurdah lembut bertanya. Bersamanya kelihatan seorang teman, duduk di atas motor. Air jambu sejuk di dalam balang yang dicampurkan dengan asam terasa mengiurkan.

"Rm 1.80.."

Peniaga menjawab. Perempuan itu membelek dompet, kemudian menghulur not Rm50.

"Tak dak duit bakilah, ada duit kecik dak?"

Biasalah, duk Kedah. Loghat macamtu tu lah. Kelihatan muslimah tadi mengira-ngira duit syiling, kemudian bercakap dengan rakannya. Bahasa Thailand. Rasanya mereka ni dari Thailand, sebab muka kawannya begitu. Tapi tak tau lah kalau kat insaniah ni memang ada kelas bahasa Thailand.

"Bagi air jambu biasa satu ya bang.."

Saya mengambil ruang kosong di situ untuk memesan. Saya mengeluarkan wang dari poket belakang. Rm 5 dikeluarkan.

"Berapa bang?"

"Rm 1.20"

Wanita berniqab tadi masih mengira-ngira duit syiling. Rasa kasihan pula. Saya berkira-kira, tak apalah, tadi time jadi Ajk Jomega. Alhamdulillah dapat rezeki rm40.

"Tak apalah bang, saya bayar untuk dia sekali.."

Saya cakap perlahan di tepi, takut dia dengar. Alah, Rm1.80 je pun. Allah dah bagi rezeki banyak sangat dah. Saya ambil baki, kemudian berjalan laju-laju sambil ingin menikmati "Green Guava with Asam Boi" yang sejuk. Rasa berpuas hati.

Saya ingin jauhkan diri sebenarnya.

Sempat terdengar abang tu bagitau yang tak apa, dah ada orang bayarkan.

Laju saya jalan.

Dari jauh kelihatan wanita berfurdah tadi yang membonceng di belakang bersama temannya menuju ke arah saya. Saya jalan laju lagi. Adeh, diorang nak mai ke?

Kemudian mereka berhenti di seberang jalan.

Kawannya menunjukkan isyarat. Memberi maksud untuk membayar kembali.

Saya menunjukkan isyarat tangan, maksudnya tak mau terima. Muka saya serius. Saya ikhlas kot. Tapi orang cakap kalau orang ikhlas tak cakap dia ikhlas, ok, saya tarik balik statement tadi.

Hati berdegup-degup.

Saya seberang jalan melalui titi kecil.

Saya nampak mereka macam mencari jalan untuk berjumpa. Isk, kan best kalau cepat sampai rumah sewa. Saya nampak makcik jual kuih, saya berhenti sekejap. Ha, boleh buat-buat macam nak beli kuih.|

"Vroomm.."

Terdengar bunyi motor, betul-betul berhenti di belakang saya. Dekat sangat. Bunyi yang menggegarkan jiwa. Jantung saya berdegup kencang. Saya berkalih perlahan.

Kelihatan muslimah berfurdah tadi bersama sahabatnya.

"Cukup duit tadi bang.."

Kawannya berkata bersungguh.

"Takpe, ambil je lah. Kira sedekah.."

"Terima kasih.."

Suasana jadi tenang.

Saya cuba tersenyum. Berkalih, dan kemudian meneruskan berjalanan. Dalam hati terdetik,

"Perghh!! Rasa macam tengah berlakon cerita KCB 3 pulak!!"

Haha.

-Tamat-

Friday, July 15, 2011

Cerita: Najwa.

~Picture by DeviantArt~

Kata orang, hujan menghubungkan antara satu masa dengan masa yang lain..

****

11 Disember 2011.

Malam di luar nampak tenang disimbah cahaya perang. Malam kian sunyi ditemani awan yang bergerak lambat-lambat. Majdi duduk di kerusi paling belakang tingkat atas. Bas Ekspress Sani 2 tingkat itu akan bergerak dalam beberapa minit lagi.

Penghawa dingin sejuk amat, terasa benar-benar membekukan tulang.

Majdi memeluk tubuh dalam baju sejuknya.

Earphone dimasukkan, seraya lagu Sandaran Cinta dari Saff-One berkumandang perlahan. Majdi meletakkan kepala di cermin. Merenung alam di luar yang indah terbentang.

Bas mula bergerak. Suasana jadi hening. Malam semakin gelap menyusuri jalan, hanya bertemankan cahaya bulan yang sedang mengambang. Majdi merenung kerusi di sebelah kirinya, tiga tempat duduk itu kosong. Kan bagus kalau ada orang di sebelah yang menemani..

Hujan turun rintis-rintis membasahi bumi. Cermin mengalir air. Majdi terus merenung. Mata kian melayu..

Dan hujan terus melebat..

****

"Abang.. bangun.. Abang teman turun?"

Mata rasa berpinar. Pandangan masih lagi kabur-kabur. Majdi menggosok-gosokkan mata.

"Kita beli jambu, nak?"

Suara itu lembut, perlahan.Terasa ada senyuman manis yang muncul di hadapan. Senyuman yang menenangkan. Senyuman dari seorang wanita yang wajahnya menyejukkan hati.

"Ya.. ya.. kejap.."

Tangannya ditarik. Majdi mengikut turun dari Bas menuju ke gerai di hentian Rehat dan Rawat Tapah. Kaki menapak menurun tangga bas.

Hujan masih turun, namun sudah rintik-rintik. Jalan jadi basah. Daun pula jadi seakan-akan berembun.

Kereta pula banyak. Semuanya berhenti rehat sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Suasana pagi di sini rasa begitu hening.

"Jom.."

Wanita tadi memaut lengan Majdi sambil berjalan beriringan. Majdi jadi kekok.

"Err.. Awak ni siapa ya?"

Wanita tadi berpaling. Seraya ketawa. Kemudian mencubit pipi Majdi.

"Bangun! Bangun! Tadi tidur mimpi apa la lama sangat sampai buat-buat lupa isteri sendiri ni..? "

Isteri? Muslimah manis ni bini aku ke?

"Mimpi bidadari mana sampai lupa Najwa.."

Najwa. Oh, Najwa rupanya nama isteri aku ni.

"Dah, abang jangan nak pekena Najwa pagi-pagi ni ya.."

Najwa tersenyum. Majdi hanya mengangguk mengikut. Terasa masih ada sedikit pening, fikiran terasa kosong. Kaki mereka melangkah sehingga sampai ke kedai yang menjual buah Jambu. Majdi sekali-sekala menjeling di hujung mata wanita yang mengaku isterinya itu.

"Kak, jambu dua.."

Wajah Najwa sangat ceria.

Pekerja berpakaian hijau itu mengambil buah dari peti ais. Kemudian dimasukkan sedikit asam. Dicucuk pula lidi di atasnya. 2 Jambu air itu dimasukkan ke dalam plastik yang lebih besar.

"Rm4 semuanya cik.."

Najwa mengeluarkan wang kertas rm 5. Si pekerja memulangkan baki rm1.

"Cik, cik nampak sangat gembira.."

Pekerja yang berbangsa melayu itu menegur. Memang pun, Najwa tersenyum saja dari tadi. Senyuman Najwa lebih terukir. Tangannya memaut lengan Majdi lebih rapat.

"Mestilah, esok 12 Disember 2015, ulang tahun perkahwinan kami.."

Majdi seraya berpaling. Otaknya berputar ligat.

Ha, tahun 2015?

****

Hari ni hujan lagi. Mungkin sekarang musim hujan, langit pun selalu je mendung.

Majdi tersenyum. Walau kadang letih pulang dari kerja-yang aku baru cuba biasakan diri. Tapi kemahiran dan ilmu di tempat kerja tu macam dah lama ada. Badan letih, tapi hati aku yang selalu ceria.

"Wah, cantiknya jubah tu.."

Aku pun tak tahu apa yang terjadi. Yang aku ingat, aku bangun dari dari tidur dalam bas. Dan muncul seorang muslimah yang aku rasa macam bidadari yang turun dari langit. Dan dia lah isteri aku sekarang.

Najwa wanita yang sangat-sangat baik. Sangat lemah lembut, amat menjaga akhlaq. Dan dia selalu kata,

"Najwa nak jadi Khadijah untuk abang.."

Khadijah, sebaik-baik wanita bumi seperti yang disabdakan nabi. Dan aku rasa Najwa memang begitu. Sepanjang 3 hari ni, dia yang selalu ajak aku bersama-sama membaca makthurat. Dan dia juga yang selalu tunggu di muka pintu saat aku balik bekerja.

Cuma yang aku perasan, dia selalu mengadu pening kepala..

"Kalau nak, belilah.."

Aku mencadangkan.

Najwa masih membelek-belek jubah tersebut. Dia diam, mata dia sayu sebentar.

"Tak apalah..."

Najwa tersenyum.

"Erm?"

"Najwa dah ada banyak baju kat rumah.. Nanti membazir pula.. Duit ni nanti boleh kita sedekah.. Ramai lagi orang yang perlukan dari Najwa.. kan bang?"

Majdi mengangkat kening.

"Walibasuttaqwa, zalika khair.."

Dia mengungkap sebaris ayat Al-Quran yang maksudnya, "Dan pakaian taqwa, maka itulah sebaik-baik pakaian.."

"Kan abang yang selalu ajar Najwa ayat tu.. Sejak kita tunang lagi.."

Majdi tersenyum. Ya, pakaian taqwa. Itu yang sebaik-baiknya.

"Dan.."

Erm?

"Abanglah pakaian terbaik yang pernah Najwa ada..."

Najwa senyum manis.

"Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.."-Qs Albaqarah 187

****

Bulan mengambang penuh. Cerah dan menyejukkan. Bintang yang bertabur terasa seperti kelopak bunga yang sedang mekar.

Najwa mendongak ke langit.

"Awak, kalau saya jadi bulan, awak jadi apa?"

Bulan, aduhai, awak lagi cantik dari bulan la Najwa.

"Erm, kalau awak bulan.. Saya jadi.."

"Jadi?"

"Saya jadi Neil Armstrong.."

Majdi senyum nakal. Najwa ketawa, menutup mulut. Ada ke patut nak jadi Neil Armstrong?

Suasana jadi diam sebentar. Langit seperti sebuah pentas orkestra yang meriah. Cuma pemainnya adalah unggas dan muziknya adalah bunyian alam. Dan cahaya yang terpancar adalah sinaran bintang yang tersusun.

Najwa meletakkan kepalanya di bahu Majdi.

"Abang, nanti bila Najwa dah tak ada..."

Tangannya mengenggam erat tangan Majdi.

"Abang akan ingat Najwa kan?"

Majdi mencium dahi Najwa.."

"Sentiasa."

Rasanya, dah hampir sebulan 'aku' bersama Najwa.

Najwa Qistina.

Dia, adalah anugerah terindah yang Allah pernah bagi padaku. Selalu, dia lah yang akan gerak aku malam-malam untuk tahajud. Merenjis-renjis mukaku dengan air, sehingga aku benar-benar bangun. Dan pagiku disambut dengan senyumannya yang mesra.

"Najwa dah sembahyang 2 rakaat. Sekarang Najwa dah lebih abang.."

Katanya sambil ketawa.

Aku tersenyum dan terus bangkit, untuk mengambil wudhuk. Kami memang begitu. Selalu cuba bersaing untuk paling banyak beribadah.

Menjadi imam kepada solatnya, dan menjadi ustaz yang mendengarkan aluan merdu bacaan qurannya, benar-benar membawa aku hanyut ke dalam arus kebahagiaan yang amat dalam.

Cintanya yang membawaku kepada CintaNya.

Bidadariku di syurga.

"Abang dah makan?"

Aku geleng.

"Saya buatkan ya.."

Aku cuma mengangguk.

Aku selalu bangga dengannya.

Masa pen dakwatku masih meniti loretan-loretan kertas, dia akan duduk di sebelah tersenyum. Dan waktu itu, aku akan terus melakar..

Sebuah bingkai cinta yang berlagu,
Akan ku warnakan dengan kasih beribu..

****

Majdi mengusap lembut kepala Najwa.

Ayat-ayat suci al-quran dialun perlahan. Biar udara di situ lembap dengan kalimah-kalimah Tuhan. Di pipinya, air mata Majdi mengalir.

"Najwa ok lah bang.."

Najwa cuba tersenyum, tapi sayu mata masih tak mampu menipu. Sakit kepalanya datang lagi. Kali ini amat pening, pening yang amat. Teramat sakit.

Peluh kelihatan mengalir di dahi Najwa.

"Kita gi Hospital.."

Majdi terus mengambil jaket dan kunci kereta, kemudian memeluk Najwa perlahan menuju ke kereta.

****

Cuma tinggal 3 hari..

Majdi mendongak langit. Awan putih berarak perlahan di langit biru yang ceria. Burung berkicauan, langit nampak sangat indah.

Masih adakah hari begini untukku dalam 3 hari lagi?

Butir bicara dari doktor beberapa bulan lepas benar-benar menyentap. Najwa menghidap barah otak peringkat terakhir. Malah Najwa kelihatan amat tenang ketika mendengar kenyataan tersebut. Dan 3 hari lagi, adalah hari yang dijangkakan doktor sebagai hari perpisahan kami.

Biar langit runtuh. Yang pasti, hari-hari yang terakhir ini. Akan ku isi Najwa dengan kebahagiaan yang menguntum.

"Mana satu yang sesuai untuk Najwa ya?"

Majdi memilih-milih bunga dalam jambangan yang cantik tersusun. Bunga Red Rose, Morning Glory, Iris, dan Blue Blossom jadi memeriahkan mata. Semua menyegarkan.

"Ya, boleh saya tolong?"

Majdi berblazer hari ini. Saja berpakain segak, ingin membuat temu janji romantis yang termanis buat Najwa.

"Bagi, saya bunga Rose merah dalam bentuk hati tu ya.."

Majdi melihat jam. Lagi 5 minit. Tak sabarnya.. Mesti Najwa gembira lihat bunga ni.

Majdi membayar wang. Kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke restoran tepi laut di seberang jalan.

"Mesti Najwa dah tunggu situ.."

Majdi lebih tersenyum. Hati tiba-tiba rasa berdebar, rasa macam baru nak berkahwin pula. Indahnya perasaan ni.

Sejambak bunga mawar di tangan digenggam rapat ke hadapan.

Semakin berjalan, rasa semakin tidak sabar.

Dari jauh, kelihatan Najwa dalam tuduh labuh kelabunya meenghadap laut. Sedang menunggu. Alunan pakaiannya terasa begitu menenangkan.

Angin pantai bertiup perlahan.

Majdi sudah sampai, kini mereka hanya dipisahkan oleh sebatang jalan. Dia tersenyum lebar. Menarik nafas.

"Najwa..."

Majdi memanggil perlahan.

Najwa berpaling. Palingannya terasa begitu mengasyikkan. Senyumannya amat manis.

"Abang..."

Senyuman yang begitu lembut. Majdi membalas senyuman.

"Najwa.."

Majdi benar-benar terpana. Dengan bunga di tangan dan mata yang tak berganjak, dia berjalan laju menuju ke isterinya dan..

"Eeekkkkkk!!! TummM!!"

Sebuah kereta laju merempuh. Darah terasa hangat mengalir di kepala.

"Abanngggggg!!"

Masa serakan bergerak perlahan. Terlihat wajah bersih Najwa yang berlari ke arahnya.

Mata terasa kian kelam, Majdi rasa semuanya jadi semakin kabur. Jeritan dan tangisan Najwa kian hilang di pendengaran.

Darah mengalir hangat.

Awan mendung. Hujan turun rintis lagi, dan kini ia kian melebat..

****

"Oh, hujan turun lagi...."

Anas mengomel.

Minggu ni budak baru daftar masuk UIA untuk sesi 2011, start hari ni. Majdi dan Anas menjadi committee.

Majdi menadah tangan, kemudian mendongakkan kepala ke langit. Hujan turun rintis sahaja.

"Aku pegi ambik payung jap.."

Majdi berjalan pergi.

Bagaimana Najwa ya? Rindu rasa.. Rindu sangat. Rasa itu datang lagi, menyesakkan dada. Hati terasa sebak tiba-tiba.

Aku pun tak tahu apa yang terjadi. Aku ingat, aku memang akan mati. Sedar-sedar, aku berada di padang terbaring. Anas kata aku pengsan tiba-tiba. Dan waktu tu tengah hujan rintis-rintis, sama macam sekarang.

Kaki terus menapak menyusuri jalan di UIA yang semakin basah.

"Allah.."

Kalimah zikir itu terpacul, kedengaran suara seorang perempuan.

Ada kertas jatuh di kaki Majdi. Bertebaran, basah dilencun hujan. Seorang sister menunduk mengambil file yang bertaburan. Pakai name tag kertas yang di pin, ni mesti student baru.

Majdi menunduk. Tolong mengumpulkan mana yang dapat.

"Terima kasih..."

Suara si gadis perlahan kedengaran. Bergetar hati Majdi, seakan kenal. Majdi mengangkat wajah. Tersingkap wajah si manis yang tersenyum ikhlas.

Hampir mengalir air mata.

"Najwa!"

****

Kau hujan, kau rintisnya.
Saat menitis.
Rindu...