Followers

Letakkan link blog anda =)

Friday, July 15, 2011

Cerita: Najwa.

~Picture by DeviantArt~

Kata orang, hujan menghubungkan antara satu masa dengan masa yang lain..

****

11 Disember 2011.

Malam di luar nampak tenang disimbah cahaya perang. Malam kian sunyi ditemani awan yang bergerak lambat-lambat. Majdi duduk di kerusi paling belakang tingkat atas. Bas Ekspress Sani 2 tingkat itu akan bergerak dalam beberapa minit lagi.

Penghawa dingin sejuk amat, terasa benar-benar membekukan tulang.

Majdi memeluk tubuh dalam baju sejuknya.

Earphone dimasukkan, seraya lagu Sandaran Cinta dari Saff-One berkumandang perlahan. Majdi meletakkan kepala di cermin. Merenung alam di luar yang indah terbentang.

Bas mula bergerak. Suasana jadi hening. Malam semakin gelap menyusuri jalan, hanya bertemankan cahaya bulan yang sedang mengambang. Majdi merenung kerusi di sebelah kirinya, tiga tempat duduk itu kosong. Kan bagus kalau ada orang di sebelah yang menemani..

Hujan turun rintis-rintis membasahi bumi. Cermin mengalir air. Majdi terus merenung. Mata kian melayu..

Dan hujan terus melebat..

****

"Abang.. bangun.. Abang teman turun?"

Mata rasa berpinar. Pandangan masih lagi kabur-kabur. Majdi menggosok-gosokkan mata.

"Kita beli jambu, nak?"

Suara itu lembut, perlahan.Terasa ada senyuman manis yang muncul di hadapan. Senyuman yang menenangkan. Senyuman dari seorang wanita yang wajahnya menyejukkan hati.

"Ya.. ya.. kejap.."

Tangannya ditarik. Majdi mengikut turun dari Bas menuju ke gerai di hentian Rehat dan Rawat Tapah. Kaki menapak menurun tangga bas.

Hujan masih turun, namun sudah rintik-rintik. Jalan jadi basah. Daun pula jadi seakan-akan berembun.

Kereta pula banyak. Semuanya berhenti rehat sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Suasana pagi di sini rasa begitu hening.

"Jom.."

Wanita tadi memaut lengan Majdi sambil berjalan beriringan. Majdi jadi kekok.

"Err.. Awak ni siapa ya?"

Wanita tadi berpaling. Seraya ketawa. Kemudian mencubit pipi Majdi.

"Bangun! Bangun! Tadi tidur mimpi apa la lama sangat sampai buat-buat lupa isteri sendiri ni..? "

Isteri? Muslimah manis ni bini aku ke?

"Mimpi bidadari mana sampai lupa Najwa.."

Najwa. Oh, Najwa rupanya nama isteri aku ni.

"Dah, abang jangan nak pekena Najwa pagi-pagi ni ya.."

Najwa tersenyum. Majdi hanya mengangguk mengikut. Terasa masih ada sedikit pening, fikiran terasa kosong. Kaki mereka melangkah sehingga sampai ke kedai yang menjual buah Jambu. Majdi sekali-sekala menjeling di hujung mata wanita yang mengaku isterinya itu.

"Kak, jambu dua.."

Wajah Najwa sangat ceria.

Pekerja berpakaian hijau itu mengambil buah dari peti ais. Kemudian dimasukkan sedikit asam. Dicucuk pula lidi di atasnya. 2 Jambu air itu dimasukkan ke dalam plastik yang lebih besar.

"Rm4 semuanya cik.."

Najwa mengeluarkan wang kertas rm 5. Si pekerja memulangkan baki rm1.

"Cik, cik nampak sangat gembira.."

Pekerja yang berbangsa melayu itu menegur. Memang pun, Najwa tersenyum saja dari tadi. Senyuman Najwa lebih terukir. Tangannya memaut lengan Majdi lebih rapat.

"Mestilah, esok 12 Disember 2015, ulang tahun perkahwinan kami.."

Majdi seraya berpaling. Otaknya berputar ligat.

Ha, tahun 2015?

****

Hari ni hujan lagi. Mungkin sekarang musim hujan, langit pun selalu je mendung.

Majdi tersenyum. Walau kadang letih pulang dari kerja-yang aku baru cuba biasakan diri. Tapi kemahiran dan ilmu di tempat kerja tu macam dah lama ada. Badan letih, tapi hati aku yang selalu ceria.

"Wah, cantiknya jubah tu.."

Aku pun tak tahu apa yang terjadi. Yang aku ingat, aku bangun dari dari tidur dalam bas. Dan muncul seorang muslimah yang aku rasa macam bidadari yang turun dari langit. Dan dia lah isteri aku sekarang.

Najwa wanita yang sangat-sangat baik. Sangat lemah lembut, amat menjaga akhlaq. Dan dia selalu kata,

"Najwa nak jadi Khadijah untuk abang.."

Khadijah, sebaik-baik wanita bumi seperti yang disabdakan nabi. Dan aku rasa Najwa memang begitu. Sepanjang 3 hari ni, dia yang selalu ajak aku bersama-sama membaca makthurat. Dan dia juga yang selalu tunggu di muka pintu saat aku balik bekerja.

Cuma yang aku perasan, dia selalu mengadu pening kepala..

"Kalau nak, belilah.."

Aku mencadangkan.

Najwa masih membelek-belek jubah tersebut. Dia diam, mata dia sayu sebentar.

"Tak apalah..."

Najwa tersenyum.

"Erm?"

"Najwa dah ada banyak baju kat rumah.. Nanti membazir pula.. Duit ni nanti boleh kita sedekah.. Ramai lagi orang yang perlukan dari Najwa.. kan bang?"

Majdi mengangkat kening.

"Walibasuttaqwa, zalika khair.."

Dia mengungkap sebaris ayat Al-Quran yang maksudnya, "Dan pakaian taqwa, maka itulah sebaik-baik pakaian.."

"Kan abang yang selalu ajar Najwa ayat tu.. Sejak kita tunang lagi.."

Majdi tersenyum. Ya, pakaian taqwa. Itu yang sebaik-baiknya.

"Dan.."

Erm?

"Abanglah pakaian terbaik yang pernah Najwa ada..."

Najwa senyum manis.

"Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.."-Qs Albaqarah 187

****

Bulan mengambang penuh. Cerah dan menyejukkan. Bintang yang bertabur terasa seperti kelopak bunga yang sedang mekar.

Najwa mendongak ke langit.

"Awak, kalau saya jadi bulan, awak jadi apa?"

Bulan, aduhai, awak lagi cantik dari bulan la Najwa.

"Erm, kalau awak bulan.. Saya jadi.."

"Jadi?"

"Saya jadi Neil Armstrong.."

Majdi senyum nakal. Najwa ketawa, menutup mulut. Ada ke patut nak jadi Neil Armstrong?

Suasana jadi diam sebentar. Langit seperti sebuah pentas orkestra yang meriah. Cuma pemainnya adalah unggas dan muziknya adalah bunyian alam. Dan cahaya yang terpancar adalah sinaran bintang yang tersusun.

Najwa meletakkan kepalanya di bahu Majdi.

"Abang, nanti bila Najwa dah tak ada..."

Tangannya mengenggam erat tangan Majdi.

"Abang akan ingat Najwa kan?"

Majdi mencium dahi Najwa.."

"Sentiasa."

Rasanya, dah hampir sebulan 'aku' bersama Najwa.

Najwa Qistina.

Dia, adalah anugerah terindah yang Allah pernah bagi padaku. Selalu, dia lah yang akan gerak aku malam-malam untuk tahajud. Merenjis-renjis mukaku dengan air, sehingga aku benar-benar bangun. Dan pagiku disambut dengan senyumannya yang mesra.

"Najwa dah sembahyang 2 rakaat. Sekarang Najwa dah lebih abang.."

Katanya sambil ketawa.

Aku tersenyum dan terus bangkit, untuk mengambil wudhuk. Kami memang begitu. Selalu cuba bersaing untuk paling banyak beribadah.

Menjadi imam kepada solatnya, dan menjadi ustaz yang mendengarkan aluan merdu bacaan qurannya, benar-benar membawa aku hanyut ke dalam arus kebahagiaan yang amat dalam.

Cintanya yang membawaku kepada CintaNya.

Bidadariku di syurga.

"Abang dah makan?"

Aku geleng.

"Saya buatkan ya.."

Aku cuma mengangguk.

Aku selalu bangga dengannya.

Masa pen dakwatku masih meniti loretan-loretan kertas, dia akan duduk di sebelah tersenyum. Dan waktu itu, aku akan terus melakar..

Sebuah bingkai cinta yang berlagu,
Akan ku warnakan dengan kasih beribu..

****

Majdi mengusap lembut kepala Najwa.

Ayat-ayat suci al-quran dialun perlahan. Biar udara di situ lembap dengan kalimah-kalimah Tuhan. Di pipinya, air mata Majdi mengalir.

"Najwa ok lah bang.."

Najwa cuba tersenyum, tapi sayu mata masih tak mampu menipu. Sakit kepalanya datang lagi. Kali ini amat pening, pening yang amat. Teramat sakit.

Peluh kelihatan mengalir di dahi Najwa.

"Kita gi Hospital.."

Majdi terus mengambil jaket dan kunci kereta, kemudian memeluk Najwa perlahan menuju ke kereta.

****

Cuma tinggal 3 hari..

Majdi mendongak langit. Awan putih berarak perlahan di langit biru yang ceria. Burung berkicauan, langit nampak sangat indah.

Masih adakah hari begini untukku dalam 3 hari lagi?

Butir bicara dari doktor beberapa bulan lepas benar-benar menyentap. Najwa menghidap barah otak peringkat terakhir. Malah Najwa kelihatan amat tenang ketika mendengar kenyataan tersebut. Dan 3 hari lagi, adalah hari yang dijangkakan doktor sebagai hari perpisahan kami.

Biar langit runtuh. Yang pasti, hari-hari yang terakhir ini. Akan ku isi Najwa dengan kebahagiaan yang menguntum.

"Mana satu yang sesuai untuk Najwa ya?"

Majdi memilih-milih bunga dalam jambangan yang cantik tersusun. Bunga Red Rose, Morning Glory, Iris, dan Blue Blossom jadi memeriahkan mata. Semua menyegarkan.

"Ya, boleh saya tolong?"

Majdi berblazer hari ini. Saja berpakain segak, ingin membuat temu janji romantis yang termanis buat Najwa.

"Bagi, saya bunga Rose merah dalam bentuk hati tu ya.."

Majdi melihat jam. Lagi 5 minit. Tak sabarnya.. Mesti Najwa gembira lihat bunga ni.

Majdi membayar wang. Kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke restoran tepi laut di seberang jalan.

"Mesti Najwa dah tunggu situ.."

Majdi lebih tersenyum. Hati tiba-tiba rasa berdebar, rasa macam baru nak berkahwin pula. Indahnya perasaan ni.

Sejambak bunga mawar di tangan digenggam rapat ke hadapan.

Semakin berjalan, rasa semakin tidak sabar.

Dari jauh, kelihatan Najwa dalam tuduh labuh kelabunya meenghadap laut. Sedang menunggu. Alunan pakaiannya terasa begitu menenangkan.

Angin pantai bertiup perlahan.

Majdi sudah sampai, kini mereka hanya dipisahkan oleh sebatang jalan. Dia tersenyum lebar. Menarik nafas.

"Najwa..."

Majdi memanggil perlahan.

Najwa berpaling. Palingannya terasa begitu mengasyikkan. Senyumannya amat manis.

"Abang..."

Senyuman yang begitu lembut. Majdi membalas senyuman.

"Najwa.."

Majdi benar-benar terpana. Dengan bunga di tangan dan mata yang tak berganjak, dia berjalan laju menuju ke isterinya dan..

"Eeekkkkkk!!! TummM!!"

Sebuah kereta laju merempuh. Darah terasa hangat mengalir di kepala.

"Abanngggggg!!"

Masa serakan bergerak perlahan. Terlihat wajah bersih Najwa yang berlari ke arahnya.

Mata terasa kian kelam, Majdi rasa semuanya jadi semakin kabur. Jeritan dan tangisan Najwa kian hilang di pendengaran.

Darah mengalir hangat.

Awan mendung. Hujan turun rintis lagi, dan kini ia kian melebat..

****

"Oh, hujan turun lagi...."

Anas mengomel.

Minggu ni budak baru daftar masuk UIA untuk sesi 2011, start hari ni. Majdi dan Anas menjadi committee.

Majdi menadah tangan, kemudian mendongakkan kepala ke langit. Hujan turun rintis sahaja.

"Aku pegi ambik payung jap.."

Majdi berjalan pergi.

Bagaimana Najwa ya? Rindu rasa.. Rindu sangat. Rasa itu datang lagi, menyesakkan dada. Hati terasa sebak tiba-tiba.

Aku pun tak tahu apa yang terjadi. Aku ingat, aku memang akan mati. Sedar-sedar, aku berada di padang terbaring. Anas kata aku pengsan tiba-tiba. Dan waktu tu tengah hujan rintis-rintis, sama macam sekarang.

Kaki terus menapak menyusuri jalan di UIA yang semakin basah.

"Allah.."

Kalimah zikir itu terpacul, kedengaran suara seorang perempuan.

Ada kertas jatuh di kaki Majdi. Bertebaran, basah dilencun hujan. Seorang sister menunduk mengambil file yang bertaburan. Pakai name tag kertas yang di pin, ni mesti student baru.

Majdi menunduk. Tolong mengumpulkan mana yang dapat.

"Terima kasih..."

Suara si gadis perlahan kedengaran. Bergetar hati Majdi, seakan kenal. Majdi mengangkat wajah. Tersingkap wajah si manis yang tersenyum ikhlas.

Hampir mengalir air mata.

"Najwa!"

****

Kau hujan, kau rintisnya.
Saat menitis.
Rindu...

14 comments:

  1. Satu...
    Dua...
    Jadi kesemuanya dualah ya?
    Kali ni berapa pula jahitannya?
    hehe...
    Mudah-mudahan dipersembuhkan penyakit najwa...
    Amin...

    ReplyDelete
  2. finally..

    gambaran najwa tu indah sangat, how can u do that??

    *ttbe terbayang crite time traveller's wife*

    ReplyDelete
  3. majdi ni kuat imaginasi dia sukma atiqah..selalu bt suspen..best baca..=)..janji hari tu..ana tuntut xtw

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, ustaz ni
    kalau buat cerita tu tak sah kalau tak best :D

    ReplyDelete
  5. adkh ni sbhgian dri realiti? ^^,

    'nurul'

    ReplyDelete
  6. ~ salam..boleh buat novel ni dek..bila lagi kan..hehe..hurm, ni kisah benar ke? ~

    ReplyDelete
  7. nyampah..dok teka2 dah..bila last part tu masuk thn 2011 balik,jd committee ta'aruf week plak tu, msti watak najwa tu baru nk muncul. huhu..kira dlm rncngan da la ni berkeluarga pd 2014, mmndangkan 12 Disember 2015 dah ulang tahun perkahwinan

    ReplyDelete
  8. btw ..nm komiti taarf week da kuar ka?

    ReplyDelete
  9. haisy~ xsah cite kalau xbest.....
    ni macm nak pilih bakal dari junior saja...

    btw, sy akan masuk uia 2012, bleh buat cerita najwa lagi nanti???? hehehe

    ReplyDelete
  10. bila agaknya aku mmpu buat erita mcm ni.. tersentap bace =)

    ReplyDelete
  11. tu dia aihh~~cinta pandang pertama ka :P

    ReplyDelete