Picture by http://punkdiva.deviantart.com/art/Blue-Sky-167136330?q=boost%3Apopular%20blue%20sky&qo=61
****
Petang ini awan biru berarak perlahan.
Pelajar Universiti Insaniah kelihatan ramai di sana sini. Kebanyakannya baru habis kelas masing-masing. Yang lelaki banyak yang berkopiah dan bersongkok. Yang perempuan pula, bertudung labuh, malah tak sedikit yang berfurdah. Mereka yang belajar di kampus ini mengambil jurusan agama.
Memandang mereka pun sudah rasa macam ada ais dalam mata. Sejuk.
Saya baru habis berkampung seminggu di Kedah. Tengok-tengok padi, hirup udara segar yang kalau cari dekat K.L memang payah dapatlah. Menghadiri Kolukium Ulamak Muda di Insaniah, dan kemudian membantu mana yang mampu untuk program Jomega untuk adik-adik.
Saya berjalan-jalan memerhati, niat ingin menuju ke rumah sewa sahabat. Tekak terasa meronta-ronta ingin meneguk air sejuk. Wah, ada air jambu di hadapan!
"Berapa bang?"
Seorang perempuan berfurdah lembut bertanya. Bersamanya kelihatan seorang teman, duduk di atas motor. Air jambu sejuk di dalam balang yang dicampurkan dengan asam terasa mengiurkan.
"Rm 1.80.."
Peniaga menjawab. Perempuan itu membelek dompet, kemudian menghulur not Rm50.
"Tak dak duit bakilah, ada duit kecik dak?"
Biasalah, duk Kedah. Loghat macamtu tu lah. Kelihatan muslimah tadi mengira-ngira duit syiling, kemudian bercakap dengan rakannya. Bahasa Thailand. Rasanya mereka ni dari Thailand, sebab muka kawannya begitu. Tapi tak tau lah kalau kat insaniah ni memang ada kelas bahasa Thailand.
"Bagi air jambu biasa satu ya bang.."
Saya mengambil ruang kosong di situ untuk memesan. Saya mengeluarkan wang dari poket belakang. Rm 5 dikeluarkan.
"Berapa bang?"
"Rm 1.20"
Wanita berniqab tadi masih mengira-ngira duit syiling. Rasa kasihan pula. Saya berkira-kira, tak apalah, tadi time jadi Ajk Jomega. Alhamdulillah dapat rezeki rm40.
"Tak apalah bang, saya bayar untuk dia sekali.."
Saya cakap perlahan di tepi, takut dia dengar. Alah, Rm1.80 je pun. Allah dah bagi rezeki banyak sangat dah. Saya ambil baki, kemudian berjalan laju-laju sambil ingin menikmati "Green Guava with Asam Boi" yang sejuk. Rasa berpuas hati.
Saya ingin jauhkan diri sebenarnya.
Sempat terdengar abang tu bagitau yang tak apa, dah ada orang bayarkan.
Laju saya jalan.
Dari jauh kelihatan wanita berfurdah tadi yang membonceng di belakang bersama temannya menuju ke arah saya. Saya jalan laju lagi. Adeh, diorang nak mai ke?
Kemudian mereka berhenti di seberang jalan.
Kawannya menunjukkan isyarat. Memberi maksud untuk membayar kembali.
Saya menunjukkan isyarat tangan, maksudnya tak mau terima. Muka saya serius. Saya ikhlas kot. Tapi orang cakap kalau orang ikhlas tak cakap dia ikhlas, ok, saya tarik balik statement tadi.
Hati berdegup-degup.
Saya seberang jalan melalui titi kecil.
Saya nampak mereka macam mencari jalan untuk berjumpa. Isk, kan best kalau cepat sampai rumah sewa. Saya nampak makcik jual kuih, saya berhenti sekejap. Ha, boleh buat-buat macam nak beli kuih.|
"Vroomm.."
Terdengar bunyi motor, betul-betul berhenti di belakang saya. Dekat sangat. Bunyi yang menggegarkan jiwa. Jantung saya berdegup kencang. Saya berkalih perlahan.
Kelihatan muslimah berfurdah tadi bersama sahabatnya.
"Cukup duit tadi bang.."
Kawannya berkata bersungguh.
"Takpe, ambil je lah. Kira sedekah.."
"Terima kasih.."
Suasana jadi tenang.
Saya cuba tersenyum. Berkalih, dan kemudian meneruskan berjalanan. Dalam hati terdetik,
"Perghh!! Rasa macam tengah berlakon cerita KCB 3 pulak!!"
Haha.
-Tamat-
saye nak gelak je.. hahaha
ReplyDeleteayt last tu yg xthn..
ReplyDeletetgk tajuk bes..ingt kot sy tmasuk antara watak2 dlm cita kali ni. nmpaknya xlepas audition lg.huhu. apapun sgt terhibur bc ni.tahniah!
ReplyDeletefurdah @ purdah istilah yg sbenarnya?
"Tapi orang cakap kalau orang ikhlas tak cakap dia ikhlas" << mcm kenal
ReplyDelete:D *gelak sopan2*
-harustahusiapaana-
agaklah.
ReplyDeletehaha.
bagus gak nak melarikan diri.
ni kalu ada budget ada yg rajin wat KCB 3. sangatlah tidak comel diteruskan begitu.
:)
bukan sedekah, hadiah :)
ReplyDeletesedekah itu kan untuk yang tak mampu. he. kalau salah betuikan yo.
majdi,nanti bile kawin tau-tau je rupenye wanita thailand itu.perghh!! memang kcb la ko.hahahaha
ReplyDeletehanis member dq ko. :D
KCB mana ada orang pakai purdah...Itu filem ayat-ayat cinta...
ReplyDeleteTapi, boleh je la...Amik2..
ade2 je la ust ni~
ReplyDeletemajdi..majdi..(sambil geleng kepala)
ReplyDeleteakak tunggu post awak tntg isi dalam Kolokium Ulama'....huhu..KCB 3 pulak yg keluar...^_^
salam.majdi,sy rasa anda ptot publish novel la..awak ada bakat,imaginasi tinggi...penulisan anda sgt menarik..mcam hilal asyraf,leh jd penulis...try la
ReplyDelete