Followers

Letakkan link blog anda =)

Saturday, January 16, 2010

Istec: Prolog cerita mrc..

"Sesungguhnya selepas kesusahan itu, pasti ada kesenangan.."

ISTEC: Sebuah perancangan gergasi.

Suasana di dalam Ax 101 meriah. Ceria dengan perbincangan setiap biro. Seakan sebuah majlis keraian. Perbincangan terakhir dalam program Inter-Mahallah diteruskan dengan bersungguh-sungguh.

Headcom dan headcomah dilantik. Biro pemasaran, fatimah & khaiqal. Penyedia makanan, fathi dan arma, penyusun atur tempat muaz dan najwa, John dan syakira sebagai biro serba boleh, PC yang penting dari putra dan fatima, Biro terpenting, syamsul dan Amira, tugas2tugas istimewa yang diserahkan kepada aisyah dan khairi. Malah, barisan kepimpinan dari Rusni, ruzaini, rahmah, afiqah, syam, farah dan zainul.

Science Talk, Pameran, dan Forum perdana menjadi agenda yang amat ghairah untuk dibincangkan.

"InsyaAllah, kita akan menjayakan program ni!"

Putra sebagai P.c kelihatan bersemangat membentangkan. Malah sambutan soalan dan perbincangan amat memberansangkan. Ax101 beralun dengan keharmonian ukhuwwah pada ketika itu. Semua tersenyum mesra. Azam ditekadkan. Pasti dilaksanakan!

Aku gembira pada ketika ini..

ISTEC:Suka duka bermula.

Gerak kerja menghadapi diselit dengan beberapa cabaran. Terutamanya dari segi perhubungan dan publisiti. Kerisauan seakan-akan kisah novel yang terus berubah-ubah plotnya.

Cuti sem bermula, dalam masa yang sama. Persediaan menghadapi peperiksaan midsem harus diutamakan.

"Nampaknya kita kena buat meeting kat Ym.. "

"Kami ok je..." =) mereka menjawab sambil tersenyum. Hehe. Walaupun aku tak nampak mereka. Mereka benar-benar seakan kaum Ansar yang mulia.

Perbincangan di Ym dilansungkan. Sekitar 4 jam. Agak tidak berkesan, kerana tiada komunikasi secara lansung menyebabkan kadang kala tergendala. Mata juga terus ditahan.

Masalah difikirkan sekitar panelis, forum, surat, exhibition dan juga masterplan.

"Kita kena bagi tau semua committee tentang perkara ni.."

"Betul2.. tapi macamna? Nak panggil meeting? nak spread msg? nak tulis surat?" Rusni memberikan cadangan..

"Kita tulis blog!"

"OK!"

Message di Spreadkan. Maka terhasillah...

'Analisis ISTEC'

.....................................................................................................

Awan berarak mendung-mendung suram. Seakan-akan memahami perasaan kami. Masalah semakin bertambah-tambah. Dari hari ke hari. Seperti sandwich yang sedap dimakan. Dari kehilangan exhibitor sedikit demi sedikit. Hinggalah ke masalah promosi yang makin membarah.

Namun aku terus optimis. Biarlah sedikit yang ada, tapi mereka dapat memberikan yang terbaik. Biarlah 2-3 exhibitor yang ada, janji mereka dapat membawa segala2nya ke sini. Semua pameran yang mereka ada. Beserta bangunan sekali jika boleh.



Hari ini kami bangun awal. Dicadangkan untuk jogging sambil menghirup udara pagi yang segar. Yang mana perancangan utamanya adalah untuk mempromosikan forum kami kepada orang luar. Perasaan amat mengujakan ketika ini. Semangat!



Dari housebill, kepada carbill, ditukar kepada mosquebill, malah menjadi kenangan manis untuk kami bila kami turut juga menghantar dogbill. ~ terus berkomunikasi kepada orang ramai agar datang kepada forum kami. Dari pakcik2 di seksyen 14, makcik2 di Pasar, kedai, rumah, guard di Hospital. Semuanya habis dipujuk.




Sebelum pulang, sebuah penghargaan setinggi gunung penghargaan diberikan kepada mereka, syukur hujan menemani. Aku masih ingat suasana syahdu di surau Asy-Syakirin pada ketika itu. Ah! Aku terharu melihat semangat mereka, committee membantu. Syamsul, fathurrahim, azhar, afiqah, rusni, maryam, sufiah. Aku suka melihat mereka tersenyum, membuat kerja dengan ikhlas sekali. Semoga Allah menyayangimu!

ISTEC: Akhirnya bermula


Malam itu kami bermunajat. Bersaksikan surau Kc dan sister di sekelilingnya, juga bintang dan bulan di langit. Kami mengadakan solat hajat dan meeting final touch.

Bukankah Allah penentu segala?

Hingga ke saat terakhir, Allah terus menguji tanda kasih sayangNya kepada kami. Dari prep n tech dan tempat, Stall yang tiba-tiba terpaksa dicancelkan, kerisauan wajah sufiah yang mendengarnya. Stage yang tidak diconfirmkan. Exhibiton yang hanya tinggal 1. Maintenance yang seakan tidak mahu menolong. Poster yang tiada detail. Masterplan yang baru disiapkan. Banner yang baru sampai, dan juga Program Manager yang ditukarkan tarikh examnya kepada hari program.. ~

Kadangkala senyumanku pudar bila memikirkan sahabat2ku yang sedang bersusah payah untuk ini. Ruzaini, Afiqah, Rusni, Rahmah, Farah. Yang mana air mata mereka akhirnya mengalir..

Aku terus berdoa, kerana aku tahu bahawa Allah itu dekat dan senantiasa akan menolong..

Hari pertama berjalan. Program kami bertembung dengan talk Palestin yang aku kira menarik. Speaker talk, Encik Shahrin menyampaikan dengan amat menarik dan begitu berpuas hati bagi kami. Walau sebelumnya ada berberapa perkara yang dikomen oleh Madam Rose, deputy dean rmdd.

Waktu makan tiba. Kami makan dengan gembira. Tiba2 Amira dapat panggilan..

"Maaf, atas beberapa masalah.. kami terpaksa cancelkan kehadiran kami.."

Haha. Aku hanya mampu ketawa. Exhibitor dari 8 yang dirancang...kini tinggal.. 0! :)

Duit penghargaan diberikan kepada speaker. Alamak! tak ada sampul, terpaksa bagi secara kampung. Ustaz dan advisor sudah menggelangkan kepala. Hanya Allah yang mengehui perasaanku pada ketika itu...

Aku teringat kata us rahmah..

"X apalah ustaz, kita x menjangkakan yang besar untuk opening.. tapi insyaAllah.. kita buat yang terbaik untuk forum nanti.."...




ISTEC: It's a happy ending! =)


Malam itu dingin. Sejuk, seakan ada air yang mengalir di dalam hati. Bayu seakan menyampaikan salam yang meredupkan.

Committee-committee nampak segak berbaju merah bertali kuning.

Pelajar-pelajar masuk, berbondong-bondong. Orang luar juga hadir. Forum dimulakan dengan alunan syahdu ayat alquran, lalu pencak ilmiah pun terus bermula.

Aliran perjalanan terlalu lembut. Tenang. Damai. Madam Asmeeza menyampaikan ucapan, sekaligus menutup ISTEC. Belon-belon dijatuhkan sebagai gimik, mewarnai dewan al-malik faisal yang menjadi saksi pada malam itu.

Segala-galanya seakan menjadi sebuah pangakhiran cerita yang indah. Setiap kepahitan, kesedihan dan air mata selama ini seakan telah hilang. Seakan tidak pernah berlaku sama sekali. Hanya senyuman dan keceriaan yang menerima.

Alhamdulillah..

"Committee-committee... Jom ambik gambar!"

"JOm!!"

1...2...3....

Nurturing, Quality, LeadershiiiiiP...!!


"dan sungguh, selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.."

"Bila antum keluar nanti, pandanglah ke langit. Nampak bintang? Ketahuilah, seandainya dapat ana ambil bintang tu dan hadiahkan pada setiap sorang dari antum, tanda penghargaan ana.. nescaya ana akan buat.. tapi, ana tak mampu. Katalah. Oh, Seandainya dapat majdi ambil bintang tu dan bagi pada aku. Nescaya dia akan buat, tapi hanya kerana dia tak mampu.."

:)

8 comments:

  1. tahniah2..akhirnya berjaya menjayakan ISTEC...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, =) terima kasih2... Semua committee yang menjayakan.. kak ji skali..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, walaupun ana rse utk Pubpro istec sgt teruk disebabkan ana. tapi xpe, itu yg membuatkan ana matang untuk prgm yg seterusnya. Apa-apa pun, ana mintak maaf sgt2 dkt PM;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Maaf diterima, hehe =P Khair Fatimah. Alhamdulillah, fatimah dapat banyak sangat pengalaman dalam usia yang muda macam ni. InsyaAllah, semoga us akan terus menjadi lebih baik dan hebat untuk hari2 yang mendatang.. =)

    ReplyDelete
  5. "Kadangkala senyumanku pudar bila memikirkan sahabat2ku yang sedang bersusah payah untuk ini. Ruzaini, Afiqah, Rusni, Rahmah, Farah. Yang mana air mata mereka akhirnya mengalir.."

    Rasanya tiada setitis pun air mataku mengalir untuk ISTEC..kerana diriku sungguh tabah =)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah =) SubhanAllah.. semoga Allah teruskan ketabahan tu insyaAllah.. Boleh menjadi contoh kepada muslimat ni.. ^^

    "Kadangkala senyumanku pudar bila memikirkan sahabat2ku yang sedang bersusah payah untuk ini. Ruzaini, Afiqah, Rusni, Rahmah, Farah. Yang mana air mata mereka akhirnya mengalir.."

    =) mungkin bukan semua, tapi ada di antaranya.. Air mata juga melambangkan keletihan dan susah payah yang terlalu ikhlas diberikan ~

    Apapun, syukran jazeelan! hehe. kagum dengan ketabahan us dan bergunung bakti yang telah dicurahkan.

    ReplyDelete
  7. salam..syok bace post ni..rase mcm nk nangis plak..ap2 pun tahniah pada semua..u all hev done a great job.. hnya Allah yang tahu..yg pnting..
    ingtlah...
    "sesungguhnya solatku,amalanku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah"...

    ReplyDelete
  8. wslm..Alhamdulillah =)

    Syukran zunnurain.. Yup! hanya Allah yang tahu.. Semoga us juga sama.. InsyaAllah, diberkati dalam setiap saat perjuangan yang ada..

    Syukran atas peringatan.. ^^

    ReplyDelete