Followers

Letakkan link blog anda =)

Friday, February 26, 2010

Semoga Allah menyayangi antum.. Allahuakbar..


Sejak kebelakangan ni.. aku tak mampu mendengar perkataan 'sahabat'..

Pasti ada getaran halus menyusup ke dalam hatiku.. Terasa haru yang dalam.

Allah maha memujuk, dan Allah memujukku dengan senyuman ayahku, dan ukhuwwah sahabatku..

Ketika berita pemergian abah, sahabat-sahabatku datang, ramai, terlalu ramai memenuhi surau membacakan tahlil.

Aku tersenyum, namun melihat mereka. Aku sebak. Aku menangis dalam pelukan.

Aku berpura-pura tabah di hadapan mereka. Bercerita tentang abah. Melihat gambar abah, aku kembali sebak. Aku menangis. Mereka menenangkanku..

Mereka menghantarku..

Kata-kata mereka menguatkanku. Kata-kata mereka memujukku. Setiap kata-kata mereka terasa menyusup di hati.

Ya Allah, rahmatilah mereka. Ya Allah bahagikanlah mereka. Ya Allah, mereka sahabat-sahabat yang terlalu baik, sayangilah mereka Ya Allah.

Ramai yang mengucapkan takziah. Sahabat-sahabat dari Uia, sahabat-sahabat dari gombak, dari kuantan, sahabat-sahabat sekolah lama, sahabat-sahabat dari luar negara, malah deputy dean dan staff yang aku kenal.

Ya Allah, engkau maha memujuk, dan Engkau memujukku dengan mereka. Allahhuakbar.

Ada rakan-rakan yang menelefon, malah ibu sahabat ana juga memujuk..

Ana terharu bila mengetahui tahlil di setiap mahalah diadakan.. Aku terharu bila menerima sumbangan ikhlas dari mereka.. Aku terharu bila melihat ucapan-ucapan mereka di blog-blog..

Ya Allah, bagaimana harus aku balas jasa mereka?

"Majdi, ada apa-apa bantuan bagitaulah aku.."

"InsyaAllah, kami sentiasa berada di kanan, kiri, depan, dan belakang ustaz.."

"Tabah ya Majdi, tarbiyyah Allah untuk hang, kami sentiasa bagi sokongan.."

"Kami sentiasa ready on call untuk ustaz.."

Allahuakbar, Allahhuakbar..

Sekarang, aku sekarang terlalu gembira bila mengetahui kebaikan mereka. Aku terlalu gembira bila mereka dinaikkan, dan aku yang mengaminkan dengan sepenuh hati bila mereka didoakan..

Hujan lebat, waktu yang amat mustajab untuk berdoa.. Aku menadah tangan, untuk ayahku, ibuku dan keluargaku, dan sahabat-sahabatku yang terlalu suci hati mereka..

Semoga Allah merahmati antum, semoga Allah membahagiakan antum, Ya Allah.. Semoga Allah menyayangi antum...

Terima kasih semua. BarakAllahhufik.. Uhibbukum Fillah.. Ana sayang antum =) Allahuakbar, insyaAllah, semoga ukhuwwah kita berkekalan hingga ke syurga nanti.. Amiin..

p/s: Syukran atas tulisan antum wahai Akh Syafiq, Ukhti Najwa, Makcik Sabrina, Ustaz misbah, Ukhti Husna, Ustazah Ummu Naufal, Akh Nasrul, HPA, dan untuk semua yang ana tak mampu letak di sini, tetapi tetap di hati insyaAllah..

dan ini..

Thursday, February 25, 2010

Ini teladan cintaku..



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.

Kata mak..

Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.

Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.

Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."

Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.

Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat..

"Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."

Cerita mak sambil tersenyum..

Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.

Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..

Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.

Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak..

Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.

Dan kelihatan abah..

"Abang ke mana? Risaunya ani.."

"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.

Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.

Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..

"Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."

"Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."

Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.

Pernah mak tanya,

"Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."

"Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.

Dan abah selalu membanggakan mak.

Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.

"Beruntung Ani dapat suami macam tu.."

Mak gembira.

Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata..

"Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."

Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,

Sudah tiada.

Pergi untuk bertemu cinta agungnya..

Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.

Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..

"Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."

Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.

"Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."

Mak tak boleh mendengar deringan telefon.

"Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."

Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.

"Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..

Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "

Mak terus tersenyum.

"Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."

Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

Sunday, February 14, 2010


Menulis selepas menangis.

Baru usai rehlah frc di ulu yam. Suasana nyaman dengan deru air sungai yang mengalir, bersama redup bayang dedaunan. Disimbahi cahaya mentari petang. Tenang. Mendamaikan. Dan di situlah kami. Mungkin program terakhir kami bersama. Aku pulang keletihan. Selepas solat maghrib, aku terus tidur. Terbangun 2 jam selepas itu, seakan ada perasaan yang meresap masuk dalam hatiku. Rindu yang amat sangat. Aku tiba-tiba terlalu rindu ahli2 frc yang lain. Terlalu. Aku rasa seperti kehilangan.

Aku menghubungi ibu bapaku. Perasaan yang sama. Mendengar suara mereka seakan aku ingin menangis. Aku sebak. Perasaan kasih sayang yang dicurahkan dengan harapan. Itulah perasaannya. Suara mereka meredupkan fenomena rinduku.

Malam ini, aku rasa amat syahdu. Hening. Duduk di kerusi di depan mahallah bertemankan sinaran lampu jingga. Aku rasa kehilangan yang amat besar.

Hari ini hari terakhir. Frc. Yang mana selepas ini kami akan berpisah. Dan aku akan ingat segala gelak tawa mereka. Susah payah mereka. Redha mereka. Kebaikan mereka. Yang aku rasa aku tidak memberikan yang terbaik untuk mereka. Aku tidak menolong mereka. Sedangkan mereka sentiasa membantu. Senyum, ukhuwwah yang terhasil dari hati. Kebaikan yang amat suci. Aku terlalu sayangkan mereka. Memikirkan akan kehilangan membuatkanku hanyut dalam perasaan. Aku berfikir waktu-waktu selepas ini. Bagaimana kami nanti?

Walau aku tahu kita tidak ada rasa memiliki. Kerana itu Allah punya. Bila aku ada, dan Allah tarik. Maka aku rasa kehilangan.

Detik sunyi 3 pagi. Aku disapa kembali belai angin rindu itu.

Aku tidak tahu mengapa. Aku terlalu sayangkan mereka. Frc. Semua. Terlalu. Terus berfikir dan mengenang. Quran ku ambil sambil menangis, ku cium kerana ku tahu ianya ayat Allah, tuhan yang memberikan aku perasaan, dan jua tuhan yang memujukku. Aku dalami Ali- imran. Aku rasakan ayatnya. Yang lebih baik dari itu. Sungai yang mengalir, bersama pasangan yang suci dan diredhai.

Aku terkenang dan membayang. Merasa.

Dan air mataku terus mengalir..

Saturday, February 6, 2010

Hati.


Teringat dulu, ketika zaman form 2, masih tidak matang dalam berfikir dan bertindak..

Sebuah cerita..

Ketika itu aku sedang berjalan-jalan, terserempak dengan sahabatku di pondok telefon..

"Majdi, nah cakap.."

"Ha, siapa?" aku terpinga-pinga.

"Assalamu'alaikum.." aku menyampaikan salam..

"Wa'alaikumussalam.." terdengar suara wanita bercakap..

Eh, perempuan? Siapa pula la ni. Tiba-tiba kawan aku suruh cakap. Tak ada kerja la tu. Aku pun terus sambung..

"Sehat? tengah buat apa?"

"Erm, tengah buat nota sikit.." jawabnya sambil tersenyum.. (ye.. ye.. je aku ni. macam la aku nampak ~)

"Owh, buat nota.. Subjek apa?"

"Bahasa melayu.."

"hurm? bahasa melayu pun nak buat nota ke?" tanya aku kehairanan..

"ye la, nak mengajar esok.. kena la buat nota.." jawabnya selamber sambil ketawa kecil..

Mengajar? Ha? Cikgu ke? Dah kerja? Adeh! Isk, patutlah aku tengok selamber je dia layan kami. Mesti dia anggap macam layan budak kecik yang memang macam adik-adik dia. Kawan aku punya kerja la ni. Huh! Dia pun tanya la aku form berapa. Sekolah kat mana. Haha. Sekadar cerita dulu-dulu yang aku teringat.

(Cerita di atas hanya selingan)

Erm, berbalik kepada topik asal perbincangan, nak cerita tentang hati. Antum pernah dengar x tentang jika kita berbuat maksiat, maka akan ada titik hitam di hati? Semakin bertambah bila maksiat kita bertambah.. Pernah kan? Itu sabda nabi.

Apa yang ana cuba nak bawa di sini. Cuba antum fikirkan. Cuba antum bayangkan jika seandainya Allah buat, setiap kali kita buat maksiat, akan ada titik hitam di muka. Atau muncul satu jerawat. Agak-agak, macamna muka kita? Macam ikan buntal x? (maaf ikan, saya x berniat menghina anda, cuma sebagai analogi).. Atau jika titik hitam di muka.. Ada macam zirafah x? Maha suci Allah.. Titik hitam tu di hati.. yang manusia tidak akan nampak.. dan tak ada manusia yang akan hina kita. Dan kita ada peluang untuk bertaubat.

Titik hitam di muka: Kesannya jelas di muka. Kita akan malu berhadapan dengan manusia. Betul?

Titik hitam di hati: Kesannya pada akhlaq sebenarnya, walaupun manusia tak nampak pada zahir, tetapi akhlaq kita tetap dinilai manusia. Kan? =)

Maha suci Allah yang mana menyembunyikan titik hitam kita. Yang mana aib kita dilindungi, yang mana kita masih sempat bertaubat dan menghilangkannya, yang mana ianya salah satu ujian Allah kepada kita.

Sebab, mesti kita tak nak jadi ikan buntal atau zirafah kan? ~

p/s: Baca ni kertas putih or kertas hitam?

Friday, February 5, 2010

Jarang menulis tentang keadaan diri. Tapi sekarang rasa itu ada.

Sekarang berada di rumah tercinta. Best2! ;) hehe. Hujung minggu yang memang aku bercadang untuk balik. Walaupun terpaksa mengorbankan 1 kuiz fizik (hari sabtu). huhu~ nanti aku nak minta balik pada sir untuk buat kuiz tu. Bukan apa, jika tidak balik minggu ni. Aku tak pasti bila lagi akan ku pulang. Rindu mak, abah, dan adik-adik. Rindu rumah. Sudah sebulan setengah rasanya aku tidak pulang, dan selepas ni exam. Walaupun exam tamat pada 22 hb. Mungkin aku hanya boleh pulang pada 4hb bulan berikutnya.. Jadi, aku nekad pulang pada hujung minggu ni. Mengambil udara kampung halaman yang pasti memberi seribu makna.

Aku teringat cerpenku yang belum sudah 24434. Antum dah baca? Aku biarkan tergantung begitu lama.. mungkin pembaca pun sudah lupakan.. Bercadang dan nekad untuk menyambungnya selepas exam. Pasti! insyaAllah.. hehe. Doakan berjaya. Banyak betul benda yang aku cadang nak buat lepas cuti, baca buku, tulis blog, aaa... macam2 lah.huhu. Bila aku pulang dan melihat wajah ibu abahku, perasaanku mejadi seribu satu makna. Wah! best betul. hehe.

X kisahlah, janji sekarang dah berada di rumah. Syoknya! hehe =) aku lepas ni exam ~~ huhu..Wahh! Cuaknya.. banyak lagi x cover ni.. tak apa2, aku akan usaha dan insyaAllah, aku yakin Allah tolong aku..

p/s: macam x mau balik Uia je (perasaan biasa lepas balik rumah) ~

Thursday, February 4, 2010

Permata hatiku..


Wajah mereka seakan mentari, mencerahkanku ketika kegelapan. Membantu menyuluhkanku hingga aku melihat alam yang amat luas.

Pernah, aku kepanasan menangis sendirian, lalu hadirlah suara mereka ibarat awan yang meredupkan. Lembut ditiup membelai jiwa. Begitu mendamaikan.

Dulu, aku pernah sendu kelemahan, bagai aku tidak pernah punya teman, tidak pernah kenal manusia. Mereka hadir, tersenyum.. mengusapku.. Bangunlah, kami sentiasa di sisimu. Kata mereka, kuatkanlah iman.. Esok nanti, dirimu menjadi mujahid sepanjang zaman..

Aku kutip bicara permata dari mereka, yang akan ku simpan sampai bila-bila. Aku pernah meneroka, dalam hatiku.. ada 1 bilik yang penuh indah, yang dalamnya penuh bunga, malah, penuh cinta. dan pasti, itu tempat mereka. Mahkota di jiwaku.

Sekali, aku sering terkenang, lelah dan air mata.. yang aku tanya.. "Untuk siapa semua itu?" Nafas dihirup,. Biar keletihan, dengan senyum... "Untukmu, anakku... Pasti."

Ya Allah, bahagiakan mereka. Cambahkan cinta dalam kuntum jiwa mereka, dan dalam mekar cinta padaMu. Tenang dan damaikan jiwa mereka. Agar mereka redup dalam dakapanMu, belaianMu, di sini... dan insyaAllah... di syurgaMu nanti...

Duhai rinduku,

Terima kasih.. Terima kasih atas segalanya..

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan ke-21 ibu dan ayahku.. " =) dari anakmu..