Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, June 16, 2010

Tribute buat Fatimah.


Untuk sahabatku,

Sama-sama satu universiti, satu persatuan, satu organisasi.

Namun, yang lebih amat diingati,

Sahabat satu perjuangan bersama, sahabat satu aqidah,

Tribute buat dirimu,

Fatimah Zurwanti Zulkifly.

Semoga dirimu bahagia di sana..

****

Aku masih ingat,

Dulu, dia lah yang bersama-sama berada dalam perbincangan. Ketika hendak menubuhkan pasukan khas bagi adik-adik dalam persatuan. Dia lah yang bersemangat melontarkan idea dan pendapat, agar adik-adiknya tenang dalam tarbiyyah Islam.

Yang selalu datang untuk berjumpa adik-adik walau sekejap. Walau aku tahu, dia korbankan banyak masa dan tenaga.

Walau, dirinya tak dapat apa-apa ganjaran dari mereka.

Biarlah,

Sebab dia yakin. Allah akan memberi ganjaran pahala yang amat besar. Kan Fatimah? Ustazah dah dapat di sana, kan?

****

Ntah mengapa.

Aku teringat ketika mana kami bekerja.

Dulu, dia lah yang menegur dalam meeting. Tentang ikhtilat ketika bergerak kerja. Tingkah laku dan batas antara yang beza jantina. Katanya,

"Demi menggapai redha Allah.."

Aku jadi tersenyum,

Waktu satu ketika, ketika aku menguruskan sebuah program. Semua ahli bersusah payah melakukan yang terbaik. Aku rasa seronok dan terharu.

Termasuklah Fatimah.

Walau muka dia sudah berkerut dan masam seribu. Haha.

Tapi dia tetap berusaha menjalankan amanah sebaik mungkin. Walau aku tahu penatnya sudah tak terkira. Masa juga entah semakin susah disusun ke sana sini.

Hehe. Aku jadi ketawa bila teringat ketika aku dimarah olehnya.

Gembira mempunyai ahli dan rakan sepertinya.

****

Aku benar-benar merayu pada Allah agar Allah menyembuhkan. Ketika mendapat berita dia kemalangan. Terasa berat mendengar, terasa beban hati merasa.

Mak bertanya padaku, selepas membaca statusku di Facebook.

"Kawan abang macamna?"

"Dia kemalangan mak, tengah koma.."

"Ya Allah.. Cuba lah telefon keluarganya tanya khabar dia macamna.."

"Erm.. Mak doakanlah sekali ya?"

Sehingga, Allah benar-benar memanggil Atim, kembali ke pangkuanNya.

Kan Fatimah milik Nya? Dan kita tak punya apa-apa sama sekali. Kita hanya insan yang lemah.

Ya Allah. Aku terasa sedih yang amat.

Aku menangis ketika memberitahu mak. Mak juga menangis.

"Kesian pada adik dia kan bang? Mesti sedih kehilangan kakak..."

Ini aku, seorang muslimin yang tak lah serapat mana dengan Fatimah. Yang tak lah sekenal mana.

Bagaimana dengan sahabat-sahabat muslimatnya? Yang setiap hari bergelak tawa bersama. Menggenggam janji dengan senyuman yang terukir. Pergi makan sekali. Sedih, berkongsi semua masalah. Suka duka sentiasa bersama dalam jangka waktu yang amat lama.

Bagaimana agaknya perasaan mereka?

Ya Allah..

Semoga Allah memberi antunna kesabaran yang kuat.

****

Mati itu, kita benar-benar tak tahu bila kan?

Entahkan esok, entahkan lusa..

Kita tetap akan kembali padaNya. Membawa segala bekal yang kita sudah siapkan di sini.

Berehatlah Fatimah..

Ustazah telah sampai ke tempat istirehat dari kejahatan dunia. Ustazah telah buat yang terbaik, semoga Allah balas segala kebaikan ustazah dengan Syurga dan ganjaran yang berlipat kali ganda insyaAllah.

Dan kami di sini akan terus berjuang.

Sampai waktu nanti,

Allah panggil kami pula ke sana.

*Al-Fatihah*

" Ya Allah, ampunkanlah dosa Fatimah Zurwanti binti Zulkfly, rahmatilah dia, 'afiatkanlah dia dan ampunkanlah dia. Muliakanlah tempat persinggahannya dan luaskanlah tempat masuknya.

Basuhlah dia dengan air, salji dan embun. Sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana disucikan pakaian putih daripada segala kekotoran.

Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik dan pasangannya dengan pasangan yang lebih baik.

Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka."

Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada Fatimah yang selamat pulang ke kepada Tuhannya pada 2.15 pm tadi. Dan memberi kesabaran yang menggunung tinggi kepada keluarganya.

A~min.

20 comments:

  1. Amin Ya Mujiib.

    Walaupun beliau tidak kukenali, tetapi auranya tetap seperti arwah 'Ammar Zulkifli dan arwah Nabil Marwan. Terasa ke ulu jiwa. Benarlah mati itulah sebaik2 peringatan. Allah Allah..

    Al-Fatihah.
    Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha.

    ReplyDelete
  2. masyaALLAH....post ini benar2 menggamit memori, menyentuh kalbu, menitiskan air mata salju...dia sgt baik..xpernah menyakitkan hati org..individu yg ALLAH janjikan syurga..insyaALLAH...xsmpt nk tgk dia jejakkan kaki ke kuantan.. ya ALLAH...begitulah ragam ajal,xpernah kenal usia,xpernah kenal lambat atau cepat...al-fatihah

    ReplyDelete
  3. Ayat ustaz terlalu hebat la..
    sye dah x mampu tahan airmata jadinya..
    selama kenal arwah, tak dapat dinafikan,
    sye rse dia sdri lebih hebat ilmu dan imannya dari sye
    walaupun kami berbeza umur..
    lebih2 lgi, arwah dgan sye agak rapat, dah mcm kakak dengan adik..
    moga Allah tabahkan hati saya dan orang sekeliling yang sayang pada arwah.
    InsyaAllah,arwah sekarang aman bersama doa-doa kita semua..Amin

    ReplyDelete
  4. sangat sdeyh bile baca blog ni...air mata tk ptus2 kuar everytyme dgr org cite psal dy..dan amat terkilan coz tak dapat tengok beliau..
    tp sy tahu bliau cgt bhgia di sana...
    org yg berbuat baik,dibalas baik..insyaAllah~

    ReplyDelete
  5. Allahu Allah.

    ana tkesan dgn pmergiannya. br terasa ingin bjuang bersama di Kuantan.tp ternyata Allah lebih menyayanginya.

    selamat berbahagia atim

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah,ana yakin arwah kembali dengan keadaan yang tenang. Alhamdulillah,ana berpeluang menziarahinya. sama2 kita reda dengan pemerginnya. Allah pasti terlalu rindukan atim...

    ReplyDelete
  7. salam..saya terkesan dengan ayat2 yang disampaikan saudara..walaupun saya tak kenal arwah fatimah ni..boleh saya tau yang mana satu beliau dalam gambar di atas?apa pun mati itu pasti..setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..moga jannah menjadi idaman kita semua..salam takziah..

    ReplyDelete
  8. ana pn xknal siapa arwah..
    tp ana yakin, dia mmg hebat!..
    smg Allah merahmati roh nya..
    amin

    ReplyDelete
  9. semoga beliau berada dlm golongan para solihin...walaupun ana xlah rapat mana dgn atim.. tapi rasa sedihnya menyelubungi kami..Allahu Allah..

    ReplyDelete
  10. walaupun saya tak mengenali beliau,
    tapi cara penyampaian saudara benar-benar buat saya terkesan.
    dan sesungguhnya mati itu sesuatu yang pasti..
    datangnya dengan penyakit ataupun dibunuh.
    semoga Arwah fatimah berbahagia di sana dan Allah menerima segala amal baik beliau..
    alfatihah..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah berkesempatan melihat arwah pd saat2 terakhir pemergiaan.Arwah memang budak baik,semasa bersembang dgn jiran2 arwah,makcik2 ckp atim memang budak baik.

    Arwah sempat melaungkan nama Allah semasa tercampak akibat dirempuh myvi.jiran2 atim menceritakan.

    arwah sering menghiburkan sahabat2nya,moga disana dia dihiburkan oleh Allah swt.

    Kami akan sentiasa merinduinya,

    Kami sayang arwah,namun Allah lbh menyayangi arwah.begitulah,tiba saat n ketika barang yg di pinjam harus kita pulangkan kpd Pemiliknya.

    Demikian jg atim,Allah tlh pinjamkan dia didunia utk kita buat seketika.Bersyukurlah krn kita ditakdirkan menjadi sahabat mujahidah ini,n mudah2an atim akan ditakdirkan menjadi bidadari syurga yg akan menyambut kedatangan kita nanti.

    Alfateha

    ReplyDelete
  12. die pergi dengan darah memperjuangkan ISLAM,kita nanti bagaimana?hanya DIA yang tahu,moga kita semua thabat dalam terus perjuangkan ISLAM tercinta...semakin hai,makin ramai pejuang yang pergi,moga makin ramai pejuang yang lahir.ameen3x ya rabb!

    ReplyDelete
  13. tak pernah kenal kak fatima tapi seakan2 pernah bertukar pendapat, bergelak ketawa. semoga keluarga kak fatimah tabah mghadapi..

    ReplyDelete
  14. salam.

    mula2 dgar nama fatimah memg tak cam yg mana satu. tp bila dgar nama 'atim' trus dpt ingat siapa pemilik gelaran manja ini.atim..seorg muslimah solehah yg pernah ku kenali. wlupun tidak seakrab seperti sahabt2nya yg lain.

    sungguh, arwah seorg yg sgt baik dan ceria..suka sgt bila tgok gelagatnya bersama sahabat2nya..usikannya mngeratkan lagi ukhwah mereka..begitu indah ukhwah mereka..ditambah lg sinar keikhlasan yg terpancar saat berukhwah..subhanAllah..

    wlupun kini dikau tiada lg,pasti km di sini akn terus menymbung perjuangnmu dgn tabah.insyaAllah..semgt yg ada padamu pasti mnjadi suntikan semgt km..moga dirimu bahagia di sana bersamaNya..aaamin..

    Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha w'afu'anha..

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah... sayu hati ana membaca entry saudara.... walopon tidak mengenali arwah tapi ana turut merasai kehilangan nya..kehilangan seorang rakan seperjuangan yg hanya satu tujuan nye.."jihad fisabilillah"....
    moga Allah menempatkan arwah bersama2 dgn golongan para syuhada' dan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin....

    ReplyDelete
  16. Kepada sahabat2 fatima.. selamat meneruskan perjuangan yg ditinggalkan. Didoakan semoga berjaya, dan usaha anda semua diredhai & diberkati Tuan Semesta Alam.

    -ridzuan zukifly

    ReplyDelete
  17. Salam
    Ana baru berkesempatan utk bace blog2 sahabat. Ana sebak tatkala membacanya, slh satunya blog ustaz.

    Ana knl dy melalui satu organisasi dan lastly ana tau kami satu perjuangan, satu akidah.

    Semoga roh Kak Atim di tempatkan bersama2 dgn golongan para syuhada' dan org2 ygg beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  18. Pemburu cinta IlahiJune 27, 2010 at 6:42 PM

    salam..
    sy xrapat ngn k.atim, tp sy knal dia..
    mule knal mse taaruf week dulu..
    org nye sntiasa bsemangat..
    ketika mdpat berita kepulangannya menghadap pemilik kite, sy tetap terase..
    Tuhan btol2 merinduinya..
    smoga roh k.atim tenang d sana.. amin~

    ReplyDelete
  19. subhanallah..
    biarpn ana tak pernh mngenalinya, namun cra pncritaan mmbwtkn prtanyaan ana slama nie, (tntg siapa akk nie sbnrnya)..trjwb..
    ana prnh mndgr announcmnt dr arwah,..yg mna ktika arwah mnympikn nsiht n tgurn d zc, ana jd trsnyum..syukur yg t'amt sgt cz tgurn2 bermnfaat nie msh ada yg brani mlkuknnya..
    ana prnh mnjd spt arwah d zmn skolh dulu, tp sikp tu x kekl cz pngruh kwn,n ktidk berani ana dlm mnegkkn pe yg bnr..hnya brni d blkng sbnrnya,blum ckup..
    tp ana cuba cra lain,dgn mnjd cth yg bek n involve dlm plbgai society..
    mmg ana x sbaek k.atim..tp,ana hrp..ana mmpu mnjd insn sbaik k.atim atau lbh baek..
    smoga arwah dcucuri rahmt n dtmptkn brsama org2 yg briman..
    amiin..
    (cahaya ketenangn hati)

    ReplyDelete
  20. 16jun2010...cukup stahun dh blalu

    ReplyDelete