Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, January 12, 2011

Penita: Islam dalam bersin

Best kan Hujan?
~Rain. by ~k33nst34ks of DevianArt~

****

Li Wei sampai ke stesen bas. Si penyenyum itu menyisir rambutnya ke telinganya. Tempias-tempias hujan terasa membasahi muka.

Stesen bas tu ramai. Walau kerusi tak lah banyak mana.

Gadis comel berbangsa cina itu memeluk file dan nota catitan. Di hadapan buku tersebut tertulis: 'Balaghah', dalam bahasa arab. Dia memang amat berminat untuk belajar bahasa timur tengah itu.

Entah lah  dari mana minatnya tu datang. Sedar-sedar, sudah terasa sayang.

Orang-orang Islam kata, bahasa syurga mereka. Jadi, bila tau sikit-sikit bahasa tu, boleh la dia faham sikit-sikit simpulan-simpulan huruf yang dia selalu nampak dekat quran. Dia selalu dengar kawan-kawannya kata, Islam itu indah. Dia teringin sangat untuk merasakannya.

Walau cuma sekali.

Seorang lelaki tiba-tiba datang menapak.

Berpakaian kemas. Kemeja berbelang-belang serta tali leher. Rasanya baru pulang dari pejabat. Berdiri berdekatan dengannya. Lelaki itu memegang sapu tangan. Mungkin selsema.

Sekarang musim hujan. Ramai juga yang selsema, tak kurang juga bilangan yang demam.

Kepala lelaki itu terangkat-angkat sedikit. Seakan menghirup nafas. Terdengar bunyi udara yang ditahan hingus. Dan..

"Haaashcuummm!!"

Kuman tersembur keluar.

"Segala puji bagi Allah.."

Li Wei mengalih kepala memandang.

"Semoga Allah merahmati kamu.."

Li Wei tertoleh. Suara itu dari kanan belakang. Dia melihat seorang lelaki di sebelah hujung kanannnya seakan mendoakan. Kenal ke?

"Haaashcuummm!!!"

Kepala lelaki tadi tersengguk ke hadapan sekali lagi.

"Segala puji bagi Allah.."

Li Wei terpegun sebentar.

"Semoga Allah merahmati kamu.."

Terdengar pula doa yang sama dari sebelah kiri. Beberapa orang. Seakan bergema perlahan. Laju dia menoleh. Dia pula yang jadi tak keruan. Apa sedang berlaku?

Seorang budak lelaki kecil. Masih berbaju sekolah menengah berbuat perkara yang sama. Mata ayunya menjeling pula seorang pakcik di sebelah yang terkumat kamit membacakan doa yang baru didengari. Yang lain juga serupa. Perlahan. Tapi masih dapat ditangkap desir bunyi.

Hatinya tertanya-tanya.

"Kalau dengar orang bersin sebut alhamdulillah cakap apa?"

Seorang ibu bertanya anaknya.

"Semoga Allah merahmatimu.."

Pelat anak kecil itu menyebut.

Lelaki yang bersin tadi tersenyum. Perlahan menyambut.

"Semoga Allah menghidayahi kamu, dan memperbaiki keadaan kamu.."

Pipi putihnya mengukir senyum, dan air mata Li Wei yang sedia bergenang, hampir jatuh menitis.

****

-Sekarang musim hujan. Best! :) Selsema tak? ~
-Perkongsian dari study circle tadi. Antara haq muslim terhadap saudaranya ialah mendoakan saudaranya yang bersin dan mengucapkan hamdalah..

3 comments:

  1. Hidayatul Hafidzah bt ZulkifliJanuary 13, 2011 at 6:03 PM

    Indahnya hidup bersama Islam~ :)
    Allah menyatakan bahawa setiap Mukmin adalah bersaudara. Maka DIA mengajar hamba-Nya untuk berkasih sayang dari sekecil-kecil perkara. SubhanAllah :)

    ReplyDelete
  2. suka cerpen ni..
    cerita pendek, tp wt kita bfikir panjang

    ReplyDelete
  3. kagum dgn non-muslim yg bsungguh mencari bila mula kenal islam. kita kdg2? bila rasa hidayah tu smpai,bsinar mata. tp bila xbsungguh nk perbaiki diri,seolah2 sia2 pluang yg dberi tu

    ReplyDelete