~grass by ~bagi1992 of DeviantArt~
****
Duduk di atas bukit.
Memandang UIA Gombak yang terbentang luas. Warna bumbungnya yang melaut biru, seakan terpercik dari warna langit yang menenangkan.
Dua sahabat itu duduk melindung rumput.
"Usrah mu ok?"
Hafis Firdaus meleret senyum. Perkataan usrah itu seakan gula yang melebur di telinga. Manis.
"Alhamdulillah.. Cuma biasalah, kadang-kadang susah jugak nak pastikan semua datang.. Nak kena ada makanan, baru nak datang.."
Majdi ketawa. Biasalah, makanan kan harta ghanimah yang paling menawan.
Moga-moga kelansungan tarbiyyah tetap berjalan.
"Erm, dah berapa lama tak balik?"
Soalan terpacul perlahan.
Minggu-minggu yang ada, pastinya terisi. Rindu pula pada rumah. Pada suasana dan persekitarannya.
Hafis cuma diam, mendengar.
"Aku rindukan keluarga...Kampung, kawan-kawan lama.."
Majdi merenung.
Tanggannya memeluk lutut. Terasa lemah dalam hati. Terasa lemah dalam berjuang.
"Rasa cemburu pula dengan mereka yang bahagia dekat keluarga mereka. Dapat untuk pulang setiap minggu.."
Pengorbanan yang mesti dikorbankan. Pasti bukan sikit.
"Dan dapat buat segala apa yang diorang suka..."
Majdi tersenyum sendiri.
"Kadang-kadang, aku rasa sepi sangat.."
Perjalanan ini sudah jauh. Malah ia jauh lagi. Sekarang, ianya di tengah medan. Di tengah sebuah misi. Sebuah misi dan matlamat yang perlu dilaksanakan. Sebuah panji yang mesti dipacakkan.
Hafis menoleh.
"Sahabat, kita perlukan teruskan..."
Memberikan sebuah senyuman ikhlas.
"Perjuangan kita ini, demi mencari.. Keredhaan ilahi.."
Terasa tenang.
"Kita hanya ada sekali sahaja masa muda ni.."
"Moga-moga, kita tak menyesal di esok hari.."
"Dan nanti, kita dapat berbangga dengan hari ni di akhirat nanti.."
Majdi mengangguk, tersenyum.
Matahari petang itu hening. Sehening hati yang begitu rindukan redha ilahi..
****
Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman
Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta kegembiraan
Ku kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi
Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati
Brothers- Sepi Perantau.
suhanaLlah!!! teringat kenangan indah di sebalik lagu ni...memori berada di DQ....sunguh menenangkan..n teringat knangan bersama shbt seperjuangan (husna)...really miss the precious moment...
ReplyDeleteIndahnya hidup bila dikurniakan salah satu nikmat hidup -> sahabat2 seperjuangan yang sentiasa bersama waktu senang dan susah, kuat dan lemah, tenang dan resah. Alhamdulillah~ :)
ReplyDeletedaku jg prnah mpunyai shbt sebegini..dan merasa ksusahn d tgh medan,suatu ktika dhulu
ReplyDelete