Followers

Letakkan link blog anda =)

Wednesday, March 3, 2010

Serasa bersama Dr Jamnul Azhar.


Baru usai dari ceramah Dr Jamnul Azhar. Semangat sedang bergelodak dan tangan ingin terus menaip.

Hari ini ada ceramah di Masjid Ar-rahmaniah Gunung Semanggol.  Sempena maulidurrasul. Aku gembira, sudah lama tidak hadir ke majlis ilmu. Hati sudah kering kontang bak pasir di gurun sahara, malah lebih kontang lagi kerana gurun sahara juga masih ada kaktus.

"Allah, lupa pula bawa handphone.. Tak boleh nak ambil gambar.."

Isk, aku mengetus dalam hati. Tak dapat pula aku nak tangkap gambar dan menunjukkan suasana. Haha. Jadi, gambar di atas bukanlah gambar ceramah yang aku pergi. Hehe. Tapi betullah gambar Dr Jamnul.

Periang, penuh ilmu dengan diselitkan humor. SubhanAllah, memang best! Dia bercerita tentang sirah nabi, tentang kitab bible, malah tentang gunung semanggol dan bukit putus, tempat kami berada sekarang. Termasuk juga kisah nakalnya semasa kecil.

"Saya kenai betul tempat ni.. dulu duk main dengan ustaz mukhlis kat sekolah ehya dulu.." Bicaranya sambil ketawa.

"Ha? ustaz mukhlis? pakcik aku tu.." Aku terpana sebentar.

Kemudian dia sambung tentang Tasik Siberia, bagaimana satu hadis nabi bahawa Dajjal akan muncul apabila Tasik Tiberia kering. Dan dia sendiri berpeluang melihat dengan mata sendirinya apabila berjaya "masuk"  ke Israel. SubhanAllah, hampir 80% tasik itu kering. Kerana menjadi sumber air bagi penduduk setempat.

Cermahnnya membuka minda aku. Malah menyedarkan kembali. Bahawa aku harus bersedia untuk terus menjadi khalifah Allah.

Ceramah tamat. Tapi di minda aku masih tertanya-tanya, kitab sirah apa yang harus aku rujuk untuk sirah nabi  tadi. Kerana SubhanAllah, begitu dan amat detail, malah menyegarkan. Maka aku berjumpa dengannya.

"Assalamu'alaikum ustaz, saya ingin bertanya tentang kitab sirah yang ustaz sebutkan.." lembut aku bertanya, malah dengan sopan santun seperti lelaki melayu terakhir. (perasan sendiri..)

"wa'alaikumussalam, enta boleh rujuk kitab sirah ibnu hisyam, kitab Dr ramdhan, kitab sai'd hawa... (dan banyak lagi yang ustaz sebut.. aku pun tak dapat ingat semua..)..." jawan ustaz dengan ramah dan selamber.

Kemudian aku memperkenalkan diri aku. Dan tiba-tiba termasuk bab abah.

"Apa ana tak kenal Jazmi nya, dulu sekali program, usrah dan sebagainya dengan dia dan ustaz muhlis di Ehya. Muda lagi dia tu. Tua dari ana sikit je. Ana pun tahu dia meninggal dari orang."

SubhanAllah, sahabat lama abah rupanya.. Allahuakbar. Kemudian dia tanya tentang aku belajar di mana dan apa.

"Cuba bagi sebab kenapa kamu nak tukar ekonomi? Kita mesti ada tujuan.."

Aku pun menjawab dengan semangatnya (Biasalah aku, semangat dan laju aku rasa..) Sampailah ustaz suruh aku mengkaji tentang haiqal sulaiman, piramid. Bercerita tentang di sebalik transformers dan 2012.

"Aik, ustaz ni minat teori konspirasi ke? Selalunya aku sembang dengan kawan-kawan di Uia dan dengar ceramah abang Syaari je.." Bisik aku dalam hati. Aku pun bertanya..

"Ustaz kaji juga ke illumminati dan freemason?"

"Isk, itu memang sebahagian dari kajian ana la. Ada satu kitab, (aku tak ingat nama kita tu.. aku ingat ada perkataan 'adyan' je..) ditulis oleh seorang syeikh, yang dalam ni ada pelbagai pemikiran dan ideologi. Kita biasa dengar yang biasa-biasa je. Dalam tu ada macam-macam, yang kita tak pernah dengar pun ada. (Tetarlogi ke apa ustaz ada sebut, memang pelik.haha)" panjang ustaz berceramah.

Perbincangan kami selesai, dan aku amat berpuas hati. Alhamdulillah. SubhanAllah, yang menghadiahkan aku malam ni.

Dan aku dengan rasa yang baru, terus ingin terbang ke rumah untuk berkongsi sedikit coretan...

p/s: Alhamdulillah..

6 comments:

  1. salam..bagus sungguh hasil tulisan adik..thanx coz sudi kongsi ilmu yang di perolehi semasa majlis ilmu bersama Dr.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Syukran ya ukhti.

    InsyaAllah, manfaat bersama.

    ReplyDelete
  3. aslmkm.keilmuan islam mementingkan kesahihan ilmu yg diterima,jd perlu diketahui sumber stp ilmu yg diterima sbg rujukan bg masyarakat yg membaca dan merimanya,teruskn usaha.aslih nafsak wad u'ghairak

    ReplyDelete
  4. Wslm wbt.

    Sodaqti, dan semakin kita mencari dan mengkaji, SubhanAllah, semakin terasa betapa kerdil dan hina diri ini. Allahhuakbar. "Innama yakhsyAllahha min'ibadihil 'ulamak" insyaAllah. Syukran jazeelan ya ukhti.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    mungkin, asif jiddan. Ana tak ingat. Kitab Muqaranah Adyan membicarakan tentang apa? Boleh kongsi.

    ReplyDelete